Halaman

11 June 2014

RM10 ribu sebulan hasil sertai Projek Azam Tani MARDI.

Hassan (dua dari kanan) bersama Iskandar (depan) ketika majlis penyampaian sumbangan peralatan menjahit kepada seorang peserta.
Oleh: Mohammad Ishak. 

SERAMAI 207 golongan miskin di Terengganu yang menyertai Projek Azam Tani kelolaan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) berjaya meningkatkan taraf hidup dan terkeluar daripada paras kemiskinan.

Pengarah Mardi Terengganu Hassan Said berkata mereka yang terbabit menyertai projek itu terdiri daripada keluarga miskin di Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Kemaman, Marang, Hulu Terengganu dan Dungun.

Katanya, antara projek diusahakan mereka termasuklah projek itik telur, itik pedaging, pemprosesan makanan, perniagaan kecil berasaskan pertanian, jahitan, perkhidmatan pertanian, peniagaan alat nelayan dan membuka bengkel motosikal.

10 June 2014

Barisan Nasional Tunai Janji PRK Kuala Besut.

Jeti Kuala Besut.
Oleh: Mohammad Ishak.

BARISAN Nasional (BN) akan melaksanakan dua lagi projek mega yang dijanjikan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut,bagi memenuhi tuntuk penduduk di kawasan berkenaan.

Menteri Pendidikan II, Dato' Seri Idris Jusoh berkata, BN akan meneruskan agenda pembangunan di DUN berkenaan dari masa ke semasa sebagaimana dijanjikan pemimpin kerajaan.

Katanya, dua projek terbabit ialah mendalam muara Kuala Besut dan Projek Pengairan Pengkalan Nangka, yang akan memberi manfaat besar kepada nelayan dan petani di DUN berkenaan.

TIADA SEWA METER AIR DI TERENGGANU- KATA YAB DATO' HJ AHMAD RAZIF

Menteri Besar Terengganu, Dato’ Hj Ahmad Razif Abd Rahman (gambar) menegaskan, tiada sewa meter air di negeri ini yang dikenakan oleh Syarikat Air Terengganu (Satu) “ dan kalau ada saya minta ditiadakan sehingga ini”.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Pengarang Teganukita selepas merasmikan Program Minggu Mesra Siswa di Universiti Sultan Zainal Abidin, di Gong Badak Kuala Terengganu.

Kita akan bantu dengan apa cara sekalipun kepada pihak Satu untuk menampung kos operasi mereka dan tidak perlu mengenakan sewaan meter lagi setakat ini, katanya.


MB rai pelajar baru UniSZA

Mahasiswa dan mahasiswi baharu jurusan Diploma Sesi 2014/2015 amat bertuah kerana Menteri Besar, Dato' Haji Ahmad Razif Abd Rahman sempat meluangkan masa di majlis Minggu Mesra Siswa yang diadakan di UniSZA, malam tadi. - Gambar-gambar oleh ZULKIPLI PUTRA.

Dato' Haji Ahmad Razif bersalaman dengan 'anak angkat' nya yang merupakan Mahasiswa dan Mahasiswi baru UniSZA.

Seorang Mahasiswi tidak dapat menahan sebak sebaik menghantar SMS kepada kedua ibu bapanya dengan mengucapkan terimakasih tidak terhingga kerana dia kini berada di menara gading hasil didikan penjaganya.





09 June 2014

Hampir 1,000 hadir program setahun Bazlan sebagai YB.

BERSUNGGUH...Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman dan beberapa penduduk Batu Rakit bersungguh-sungguh ketika menyertai satu acara dalam program Sukaneka Sempena Setahun Pentadbiran Bazlan sebagai ADUN Batu Rakit Dan 68 Tahun UMNO bertempat di Padang Bola Darat Batu Rakit, kelmarin.

Karnival Jualan di KUT bermula

YB Roslee Daud (exco kerajaan negeri Terengganu) merasmikan Karnival Jualan sempena Pembukaan Kompleks Usahawan Terengganu (KUT) di Kampung Kubang Jela. - Gambar-gambar oleh ZULKIPLI PUTRA.

Majlis perasmian Karnival Jualan di KUT dirasmikan oleh YB Roslee Daud.

Orang ramai membeli belah pada Karnival Jualan.





07 June 2014

Penduduk sekitar Ajil bersama Menteri Besar Terengganu

Menteri Besar, Dato' Ahmad Razif Abd Rahman hadir di Masjid Pekan Ajil bersama penduduk sekitar di majlis tahlil dan kesyukuran. - Gambar-gambar oleh ZULKIPLI PUTRA.







CUKAI PINTU SETIMPAL DENGAN PERKHIDMATAN DIBERIKAN.... PERPADUAN DIUTAMAKAN, LUPAKAN PERKARA PERTANDINGAN LALU , PERKUKUHKAN UMNO DAN BN UNTUK PRU 14 MERAMPAS KEMBALI KAWASAN YANG TEWAS



PENANGGUHAN kenaikan cukai pintu dibuat bagi memastikan penduduk mendapat perkhidmatan yang setimpal dengan cukai yang dibayar, kata Menteri Besar, Dato’ Hj Ahmad Razif Abdul Rahman.
Katanya, selagi penduduk didapati tidak mendapat perkhidmatan yang setimpal dari pihak berkuasa tempatan, selagi itu kenaikan cukai pintu ditangguhkan sehinggalah apabila perkhidmatan baik yang dapat diberikan kepada pendudukan dalam kawasan perbandaran atau bandaraya.
“Rakyat tidak perlu risau kerana kerajaan negeri akan membuat keputusan dengan mengambil kira kebajikan rakyat serta melihat kewajaran untuk menaikkan kadar cukai pintu ini,” katanya.
Beliau hairan kenapa pembangkang berarak membuat bantahan kenaikan sedangkan beliau telah mengumumkan penangguhan.
“Apabila pegawai saya bertanya kepada mereka berkaitan ini, mereka kata saja datang hendak kenal Menteri Besar baru” kata Dato’ Hj Ahmad Razif.
Beliau berkata demikian sewaktu berucap di Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat Umno Bahagian Kuala Nerus di bangunan Umno berkenaan di Pekan Batu Enam, Kuala Terengganu.
Ketua Penerangan Umno Bahagian Kuala Nerus merangkap Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar, Ustaz Rusdi Muda mengetuai solat hajat dan tahlil.
Seramai kira-kira 500 orang hadir di majlis itu yang turut dihadiri oleh Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Nerus merangkap Timbalan Ketua Umno Bahagian berkenaan, Dato’ Basir Ismail. Dato’ Hj Ahmad Razif adalah Ketua Umno Bahagian tersebut.
 Dato’ Hj Ahmad Razif  sebelum iniberkata, pihaknya sedang memperhalusi dan menyemak semula cukai pintu itu selain membuat kajian berasas kepada beberapa pilihan.
“Kita dapati banyak kesilapan pemahaman berkaitan isu cukai pintu ini. Sebenarnya, dari segi tarif atau kadar peratusnya tidak naik tetapi tetap kekal sebagaimana tahun 1981.
“Cuma penilaian sahaja akan disemak semula berdasarkan penilaian semasa supaya ia bersesuaian dengan keadaan sekarang,” ujarnya.
Menyentuh tentang lawatan beliau ke daerah-daerah, Menteri Besar terlebih dahulu memberi peluang dalam tempoh tiga bulan bagi Majlis Perundingan Daerah untuk menyediakan plan aspirasi rakyat di daerah masing-masing untuk disampaikan kepadanya dan juga Pusat Transformasi Rakyat (Putra) di Pejabat Menteri Besar.
“Apa yang penting setiap pembangunan mestiah memenuhi kehendak dan aspirasi rakyat,” katanya.
Beliau meminta supaya segala perkara-perkara yang telah berlalu sebelum ini dibiarkan berlalu dan menekankan supaya perpaduan dijadikan asas utama dalam perjuangan Umno, termasuklah di Bahagian tersebut.
“Kemenangan besar BN pada 2014 adalah hasil dari perpaduan jitu di semua peringkat dan marilah kita ulangi perpaduan yang kental itu bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke 14 dan saya kebetulan adalah Menteri Besar Terengganui ke 14,” katanya.
Katanya, hanya dengan senjata ‘perpaduanlah’ kita boleh mendapat kemenangan yang besar di mana sasarannya dalam PRU 14 ialah mengambil balik semula kawasan-kawasan yang kalah di Parlimen Kuala Nerus, Dewan Undangan Negeri (Dun) Tepoh, Bukit Tunggal dan Telok Pasu kerana setimpal dengan kedudukan Kuala Nerus sebagai kawasan Menteri Besar.
“Walaupun saya baru 24 hari menjadi Menteri Besar, tetapi terasa bagaikan tiga bulan dengan kesibukan, kesuntukan masa dan berkejar ke sana dan ke mari,” katanya.
Sambil bergurau beliau berkata, “sehinggakan ada yang mencadangkan saya memakai ‘pampers’ kerana tidak sempat untuk ke bilik air” .
Sementara itu, Timbalan Ketua Umno Bahagian merangkap Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Basir Ismail melahirkan ucapan penghargaan kepada Menteri Besar baru itu yang telah membuat dua keputusan besar iaitu pertama mengembalikan peruntukan pembangunan di kawasan yang BN tewas dan keduanya menangguhkan kenaikan cukai pintu.
“Sebenarnya itulah yang dihasratkan oleh penduduk dan penyokong Umno yang banyak dilahirkan hasrat itu melalui usul-usul dalam mesyuarat agung Umno cawangan baru-baru ini,” katanya.
Selain itu, beliau menyampaikan hasrat pemuda supaya Kerajaan Negeri memberi penekanan kepada pembinaan dan pemilikan rumah-rumah mampu milik untuk generasi muda yang baru berumah-tangga kerana itu adalah suatu keperluan asas bagi mereka.
“Apa pun pembangunan yang hendak dijalankan, kekuatan orang Melayu perlu dipertahankan supaya tidak sampai dipinggirkan” kata Dato’ Basir ketika membuat ucapan alu-aluan di majis tersebut.








KEM PENGAKAP TERBAIK DI ASIA TENGGARA DISERAH KEPADA MAJLIS PENGAKAP


"Kem Pengakap Tengku Ismail di Seberang Takir merupakan kem pengakap serba lengkap dan terbaik di Asia Tenggara," kataKetua Pengakap Negara Datuk Seri Dr Shafie Mohd Salleh.

"Pelbagai bengkel pengakap di peringkat dunia dan antarabangsa akan diadakan di sini " katanya.

 Beliau menyeru semua pemimpin dan anggota pengakap di negara ini agar menggunakan peluang yang ada untuk menaikkan imej Malaysia di mata dunia.

"Oleh kerana ibu pejabat WOSM sudah berpindah dari Geneva ke Kuala Lumpur, maka sudah pasti akan banyaklah aktiviti pengakap di peringkat antarabangsa akan diadakan di Kem Tengku Muhammad Ismail ini.

Datuk Dr Shafie  berucap pada majlis penutup Jambori Pengakap Antarabangsa Terengganu 2014 di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin di sini semalam yang turut dihadiri oleh Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Terengganu (MPNT) Datuk Abdullah Taib dan Ketua Pesuruhjaya MPNT Che Soh Muda.

06 June 2014

MB di majlis kesyukuran

Majlis Kesyukuran sempena Perlantikan YAB Dato' Haji Ahmad Razif Abd Rahman (Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus) sebagai Menteri Besar Terengganu yang diadakan di Bangunan UMNO Bahagian Kuala Nerus, sebentar tadi....-Gambar-gambar oleh ZULKIPLI PUTRA.

Majlis bacaan surah Yasin turut diadakan.