Halaman

25 June 2014

Guru Besar Terengganu sertai konvensyen di Johor.

KENANGAN...Menteri Pendidikan II, Dato' Seri Idris Jusoh (tengah) bergambar kenangan bersama YDP Majlis Guru Besar (GB) Malaysia, Roslan Madon (kiri beliau) dan beberapa Guru Besar dari Terengganu ketika menghadiri Perasmian Konvensyen Pendidikan Kebangsaan Guru Besar Malaysia di sebuah resort di Kota Tinggi Johor, semalam.

Konvensyen selama empat hari bermula kelmarin itu disertai seramai 32 perwakilan dari Terengganu termasuk dua dari JPNT yang terdiri daripada Exco Majlis Guru Besar Malaysia.

GB bergambar kenangan bersama SUP Idris, Dato' Halim.
Dalam ucapanya, Idris mengariskan beberapa tugasan penting guru antaranya ialah menyusun atur murid dalam kelas mengikut kumpulan seramai 4 hingga 6 orang supaya murid dapat berinteraksi dengan mudah, guru sebagai pemudahcara perlu bergerak ke seluruh kelas berinteraksi dengan murid.

"Semua mesti menguasai sejelas-jelasnya dan mahir kandungan objektif, hasrat dan matlamat PPPM, Ketua PPD akan dilatih menjadi JU tentang PPPM dan akan melatih semua P/GB di daerah masing-masing manakala GB pula akan menjadi JU untuk melatih guru di peringkat sekolah," katanya.

Selain itu, Idris juga mahu Guru Besar dan semua guru memainkan peranan penting dan bekerja keras dalam usaha untuk menjayakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).-Aminudin Ismail.