Halaman

02 June 2014

Dato' Sabri rai pengantin baru.

RAI…Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Langkap, Dato’ Sabri Mohd Nor (dua dari kanan) sempat meluangkan masa kira-kira setengah jam hadir untuk meraikan pengantin baru Ahmad Amshyar dengan pasangannya pada majlis sambut menantu seorang penduduk di Felda Chalok Barat, Setiu, semalam.

Sekalipun sibuk dengan beberapa tugasan lain namun sebagai wakil rakyat yang mempunyai hubungan erat dengan penduduk di kawasannya menyebabkan beliau tetap meluangkan masa untuk hadir memenuhi setiap jemputan yang diterimanya.

Sabri sempat mengucapkan tahniah kepada bapa pasangan pengantin kerana menerima menantu dan beliau juga mengharapkan pasangan itu melayari bahtera hidup dengan aman dan damai sehingga ke akhir hayat. 

Turut hadir pada majlis itu ialah Pembantu Khas Ahli Parlimen Setiu, Abdullah Mohd Amin, Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Abdul Rahman Raja Mohamed dan Timbalan Pengarah UKOM, Ruslan Abdul Rahman.- Aminudin Ismail.