Halaman

17 May 2014

TERUSKAN KERJA DAN TANGGUNGJAWAB SEPERTI BIASA- MB



Menteri Besar, Dato’ Hj Ahmad Razif Abdul Rahman berkata,  semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan wakil rakyat boleh meneruskan tanggungjawab mereka seperti biasa.

"Keadaan selesai selepas jumpa Perdana Menteri, tidak ada pertukaran Exco dan portfolio lagi buat masa ini,” katanya.


"Kita dah keluarkan arahan Exco serta wakil rakyat kerja seperti biasa dan kita akan teruskan bekerja sebagai satu pasukan tanpa berlengah lagi," katanya kepada pemberita sejurus selepas tiba dari Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, malam tadi.

Kira-kira  pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri menyambut ketibaan beliau, termasuk Umno Bahagian Kuala Nerus dan Dun Seberang Takir.

Dato’ Hj Ahmad Razif berkata beliau mahu memberi tumpuan kepada perancangan yang memberi jaminan semua projek yang memberi impak baik kepada rakyat.