Halaman

02 March 2014

TERENGGANU KINI MEMBANTU INDUSTRI HAB HALAL DUNIA- DATO' WAN AHAMAD


Ketua Pengawai Eksekutif Terengganu Terengganu Incorporated Sdn. Bhd, Dato’ Haji Wan Ahamad Wan Muda yakin tentang masa depan perniagaan Chicken Cottage yang bertaraf dunia itu.
  Beliau menyatakan demikian ketika mengalu-alukan pengambilahan Chicken Cottage Limited (UK) oleh TI Global Food Holdings Limited, iaitu sebuah syarikat usahasama di antara Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. dan Global Food Brands. Inc. oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said, merangkap Pengerusi Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. baru-baru ini.

  APA YANG DATO’ LIHAT TENTANG PRODUK CHICKEN COTTAGE INI?
  Industri halal dilihat berkembang dengan pesat sejajar dengan peningkatan jumlah penduduk Islam di dunia. Perkembangannya bukan sahaja kerana memenuhi keperluan obligasi keagamaan, tetapi kerana ia kini diakui sebagai kuasa pasaran yang besar dan berpengaruh.
  Menyedari hakikat itu, Kerajaan Negeri Terengganu melalui Terengganu Inc. telah membuat pelaburan dalam industri halal ini melalui pengambilalihan Chicken Cottage Limited (UK), pemilik makanan segera halal yang terbesar di United Kingdom berjenama “Chicken Cottage”.
 Langkah ini juga dilihat selaras dengan Perancangan Strategik Lima Tahun Terengganu Inc. untuk meneroka peluang-peluang pelaburan di dalam industri hab halal . Pengambilalihan Chicken Cottage Limited (UK) ini juga merupakan salah satu agenda Terengganu Inc. dalam merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri Terengganu dalam menyahut usaha-usaha yang berterusan daripada Kerajaan Persekutuan dan Kerjasama Sektor Awam-Swasta yang kukuh untuk menggalakkan industri halal di Malaysia.

BOLEH DATO’ JELASKAN SEDIKIT TENTANG RESTORAN CHICKEN COTTAGE INI? Setakat ini, terdapat 151 rangkaian restoran Chicken Cottage di seluruh dunia dan majoritinya adalah di United Kingdom iaitu sebanyak 129 buah restoran.
  Dengan adanya franchisee yang sediada, kami menjangkakan rangkaian produk Chicken Cottage ini akan dikembangkan lagi di negara-negara lain iaitu India dan Australia dalam masa terdekat ini. Pihak kami juga merancang untuk memasarkan Malaysia dan Terengganu khasnya ke dalam produk bertaraf antarabangsa ini . Tidak mustahil sekiranya salah satu produk Chicken Cottage akan datang merupakan “Satay” yang sinonim sebagai makanan Malaysia dan Keropok Lekor yang terkenal di Terengganu pula dijadikan sebagai salah satu ‘Side Dish’ hidangan tersebut bagi memenuhi selera dan citarasa setempat.

 APA HARAPAN DATO’ TERHADAP GLOBAL FOOD BRANDS INC YANG AKAN MENGURUS PERNIAGAAN INI?
  Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Pengurusan Terengganu Inc. dan Global Food Brands Inc. yang telah bekerja keras dalam menjayakan proses pengambilalihan ini dari mula hingga ke hari ini.
  Saya berharap pengambilahan Chicken Cottage Limited (UK) oleh TI Global Food Holdings Limited, iaitu sebuah syarikat usahasama di antara Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. dan Global Food Brands. Inc. ini akan menjadi satu titik permulaan yang hebat bagi TI Global Food Holdings Limited dan Kerajaan Negeri Terengganu dalam merealisasikan matlamat Malaysia untuk menjadi negara pengeluar utama produk makanan halal untuk dunia. Oleh: Ruslan AR

 (petikan dari ucapan beliau majlis pengambilahan Chicken Cottage  pada 26 Feb 2014 di Kuala Lumpur)