Halaman

04 March 2014

Iskandar lepas peserta kayuhan basikal.

LEPAS...Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jabi, Mohd Iskandar Jaafar melepaskan seramai kira-kira 50 belia dari seluruh Daerah Setiu yang menyertai Program Kayuhan Santai Belia Daerah Setiu, di Perhentian Bas Bandar Permaisuri, Setiu, baru-baru ini.

Program itu adalah anjuran Majlis Belia Daerah Setiu dengan kerjasama Pejabat Belia Daerah Setiu, Majlis Sukan Daerah Setiu, Yayasan Pembangunan Keluarga Setiu dan Gateh Setiu.

Peserta bergambar kenangan.
Pengerusi Majlis Belia Daerah Setiu, Zokri Othman berkata, program yang julung kali diadakan itu adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada belia tentang penjagaan kesihatan dengan cara berbasikal serta memberi ketahanan mental dan fizikal kepada peserta.

Zokri berkata, kayuhan sejauh kira-kira 30 meter itu melalui Jalan Penarik ke Kampung Rhu 10 dan berakhir di Putera Jaya, Pak Kancil, Setiu dan beliau berharap program itu akan dapat membentuk belia yang berdisiplin melalui sukan serta mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain.- Aminudin.