Halaman

05 March 2014

90 terima Sijil dari Kolej Inforana.

TERIMA...seorang penuntut menerima sijil daripada Timbalan Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Luar Bandar, Datuk Ahmad Zubir Abdul Ghani pada Majlis Penyampaian Sijil Tamat Latihan Pelatih Program Latihan Kemahiran Dan Kerjaya JAKOA, KESEDAR Dan Program Peningkatan Kapasiti Dan Kapabiliti Khusus (PPKK) UPENT Sesi 2013 di Kolej Inforana, Tok Jembal, baru-baru ini.

CEO kolej itu, Ahmad Ramzi Abdul Rahman berkata, beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada seramai 90 pelatih pelatih yang berjaya menamatkan kursus dan menerima sijil masing-masing.

"Pelatih-pelatih yang telah menjalani latihan kemahiran dan kerjaya yang dibiayai oleh kerajaan ini bertujuan untuk melahirkan modal insan yang berkemahiran dan berkelayakan bagi keperluan pasaran kerja.

Zubir (kiri) bertanyakan  sesuatu kepada seorang penuntut sambil diperhati Ramzi.
"Para pelatih yang telah berjaya menamatkan program latihan ini mempunyai peranan penting bagi memastikan mutu perkhidmatan terutamanya dalam bidang penyediaan makanan dan perhotelan di negeri dan negara ini," katanya.

Menurutnya, pelatih boleh membuat pilihan samada mahu meneruskan pengajian ataupun menyambung pelajaran dalam kursus berkaitan seperti perhotelan, pelancongan serta penyediaan makanan.

Katanya, Kolej Inforana menggalakkan pelatih meneruskan pengajian Sijil Kemahiran Malaysia, SKM dalam kursus-kursus di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) yang disediakan di sini," katanya.- Aminudin Ismail.
Pelajar bergambar kenangan selespas majlis.