Halaman

12 January 2014

Pejabat baru lancarkan aktiviti belia Marang

Oleh: Amirullah Othman dan Noraini Jusoh

Pejabat Belia Daerah Marang yang baru siap dibina sudah mula beroperasi sekali gus dapat melancarkan lagi dan memartabatkan aktiviti belia daerah Marang.

Sebelum ini, segala aktiviti belia dijalankan di Pejabat Belia dan Sukan Marang tetapi dengan adanya pejabat baru ini segala urusan pentadbiran dan aktiviti berkaitan belia diadakan disini.

Terdapat lima badan gabungan utama di bawah pejabat berkenaan iaitu Kelab Belia Malaysia (MAYC) kawasan Marang, Gerakan Belia 4B (M) kawasan Marang, Persatuan Pengakap Daerah Marang, Pergerakan Pandu Puteri Marang serta Persatuan Puteri Islam Marang.

Bagi melancarkan segala urusan, Majlis Belia Daerah Marang turut menyediakan set komputer untuk semua badan gabungan bagi memudahkan urusan pentadbiran dan pendaftaran persatuan baru.

Sempena pembukaan Pejabat Belia Daerah Marang baru yang terletak di Kampung Paya bersebelahan dengan Pusat Gym 1Malaysia itu, satu majlis doa selamat telah diadakan di pejabat berkenaan, baru-baru ini.
Pada majlis berkenaan, sedikit jamuan ringan turut diadakan bagi meraikan ahli jawatankuasa dan belia daerah Marang.

 Sebelum itu, belia yang hadir bersama-sama berselawat, membaca yasin dan tahlil serta solat magrib, isyak dan hajat secara berjemaah.