Halaman

14 January 2014

Mohamad bantu bangunkan Guntung Luar.

Mohamad Mat Zin.
Oleh: Aminudin Ismail.

PEMBABITANYA dalam UMNO selepas bersara dari Angkatan Tentera Malaysia kira-kira 15 tahun lalu ternyata tidak sia-sia kerana berapa tahun selepas aktif dalam politik di Kampung Guntung, akhirnya dia terpilih untuk menjawat jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Guntung pada 2004.

“Saya memang meminati politik kerana itulah apabila bersara dari tentera saya terus aktif dalam UMNO di Kampung Guntung Luar ini, lagipun ayah saya juga bekas ketua kampung di kampung ini,” kata Mohamad Mat Zin, Pengerusi JKKK Guntung Luar, Setiu.

Pelbagai usaha dilakukannya selepas menjawat jawatan terpenting di peringkat kampung itu, antaranya ialah menyusun semula pembangunan pekan Guntung Luar menjadi sebuah pekan kecil yang lebih kemas dan teratur.

“Dulu, keadaan kedai-kedai di Kampung Guntung Luar ini adalah diperbuat daripada kayu dan ia agak lama dan kurang teratur tetapi atas usaha JKKK ketika itu, kami berusaha membangunkan Kampung Guntung Luar ini.

“Lagipun kampung ini adalah menjadi laluan orang ramai kerana ia terletak di di tepi jalan yang menghubungkan Kuala Terengganu dan Kota Baharu. Alhamdulillah, pekan Guntung Luar ini sudah banyak bezanya daripada dahulu kerana banyak bangunan baru didirikan,” katanya yang juga Setiausaha Persatuan Bekas Tentera Malaysia, Terengganu itu.

Sebagai Pengerusi JKKK, Mohamad juga mempastikan semua penduduk akan mendapat pelbagai kemudahan daripada kerajaan antaranya ialah bantuan untuk mendapatkan perumahan PPRT dan bantuan untuk membaiki rumah.

Sedang meneliti buku profil Guntung Luar di rumahnya.
“Sejak saya pegang jawatan ini, lebih 10 buah rumah PPRT di bina di kawasan ini, manakala lebih 30 buah rumah sudah dibaik pulih. Semua yang layak, saya akan usahakan untuk mendapatkan bantuan daripada kerajaan ini.

“Begitu juga dengan kemudahan jalan-jalan kampung dan kebun, saya dan JKKK berjaya mendapatkannya dan ada yang masih dalam permohonan” katanya.

Mohmad berkata, antara pencapaian yang membanggakannya ialah darisegi keselamatan kampung kerana sejak beliau memegang jawatan itu, tidak pernah berlaku kegiatan jenayah yang besar di Kampung itu sehingga akhir tahun lalu.

“Kampung ini diakui bersih daripada kegiatan jenayah oleh Ketua Polis Daerah Setiu ketika datang ke Majlis Polis bersama Masyarakt, baru-baru dan saya mengharapkan ianya akan berterusan dan kami JKKK dan penduduk kampung akan sentiasa memastikan kampung ini sentiasa selamat,” katanya.

Mohamad mengharapkan penduduk di kampungnya akan terus memberi sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional supaya segala perancangan untuk membangun dan memakmurkan kampung itu akan dapat terus dilaksanakan.