Halaman

15 January 2014

Iskandar, Tengku Zihan sertai perarakan maulid nabi.

SEGAK.. Adun Jabi, Mohd Iskandar Jaafar (tengah) dan Adun Kuala Besut, Tengku Zihan Che Ku Abdul Rahman (baju merah) bergambar kenangan bersama beberapa peserta Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Terengganu  selepas selesai perarakan yang diadakan di Kuala Terengganu, semalam.

Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Terengganu yang diadakan setiap tahun berlangsung meriah apabila kira-kira 11,000 umat Islam dari pelbagai agensi menyertai perarakan sambil berselawat ke atas junjungan Rasulullah s.a.w.

Perarakan sejauh 2.4 kilometer bermula dari Dataran Shahbandar melalui Jalan Sultan Zainal Abidin, Bulatan Batu bersurat, Jalan Sultan Mahmud dan berakhir di Stadium Negeri.

Selain Menteri Besar, Exco dan Wakil Rakyat, turut mengambil bahagian ialah pasukan beruniform, sekolah dan institusi pengajian tinggi, jabatan kerajaan Persekutuan dan jabatan kerajaan negeri, sektor swasta di samping badan-badan bukan kerajaan serta JKKK.-oleh: Aminudin Ismail.