Halaman

15 November 2013

SK Putera Jaya Kedua Paling Ramai 5A di Setiu.

Gembira...murid 5A bergambar bersama guru dan wakil PPD.
Oleh: Aminudin Ismail.

BANDAR PERMAISURI: Hubungan rapat antara murid dan guru adalah antara punca seramai 11 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Putera Jaya, dekat sini, mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan semalam.

Zainuddin..kedua terbaik.
Guru Besarnya, Zainuddin Dollah berkata, hubungan baik itu menyebabkan kebanyakan murid tidak segan untuk bertanya sesuatu dengan guru apabila mereka mempunyai masalah dalam bidang pembelajaran ataupun peribadi.

"Guru-guru sentiasa mengambil berat tentang masalah murid terutamanya dalam soal pelajaran, mereka boleh dianggap seperti anak dan ayah atau ibu. Saya mengucapkan tahniah kepada semua guru-guru atas kejayaan ini.

"Kepada murid-murid saya mengucapkan syabas dan teruskan kecemerlangan mereka apabila melangkah ke sekolah menengah nanti," katanya.

Zainuddin berkata, kepada murid-murid yang gagal mendapat 5A, beliau meminta supaya jangan berputusa asa kerana masih banyak lagi peluang untuk mereka memperbaiki kesilapan terutamanya pada peperiksaan SPM yang akan mereka tempuhi lima tahun lagi.

Sementara itu, SK Putera Jaya diumunkan sebagai sekolah terbaik di daerah Setiu mendapat 5A selepas SK Saujana yang mendapat tempat pertama dengan 17 muridnya mendapat 5A.
Kembar...pasangan kembar juga dapat 5A.
Gembira...seorang murid 5A bergambar bersama ibubapanya, Zainuddin (kiri) dan wakil PPD.
Tahniah...Pelajar Cemerlang bergambar bersama ibunya, Zainuddin dan Pegawai PPD.