Halaman

23 November 2013

HANYA TANAM DAUN KESUM TAPI JANA RM4 000 SEBULAN PENDAPATAN

Oleh: Langtelipot 



Berbudi pada tanah pasti mendapat hasilnya. Seorang petani dari Padang Tengir, Manir, Haji Mohd Ngah dilaporkan boleh mendapat kira-kira RM4,000 sebulan hanya menamam daun kesum. Daun Kesum atau Daun Laksa ialah sejenis tumbuhan yang banyak terdapat di negara kita dan sebelah Asia Tenggara.
Nama saintifiknya Persicaria odorata.
  Terdapat bahagian pokok Daun Kesum yang boleh diambil untuk dijadikan makanan.
  Daun Kesum sering diambil dan dijadikan bahan masakan yang sungguh menyelerakan.
  Di Terengganu, daun kesum banyak digunakan untuk perencah masakan seperti rempah ikan bakar, asam pedas, laksa dan sebagainya.
 Menurut Haji Mohd beliau mula menanam pokok daun kesum pada tahun 2008 dengan keluasan 0.75 ekar di tapak tanah sawah yang terbiar berhampiran rumanya di PadangTengir, Manir.
 Justeru sambutan yang baik terhadap pasaran daun kesum ini, beliau telah memperluaskan lagi kawasan tanaman ini sehingga seluas 2.0 ekar.
  Daun kesum menurut Haji Mohd merupakan tanaman dari keluarga rumput memang mudah diusahakan, tahan penyakit dan tidak dimakan oleh binatang ternakan kerana baunya.
 Beliau menggunakan baja urea dalam kadar tertentu untuk memastikan tumbesarannya tidak terganggu dan boleh dituai beberapa kali. “Saya menggunakan kaedah batas dan penutup batas untuk menanam daun kesum ini supaya rumput dapat dikawal dengan mudah, sekaligus melancarkan proses tuaian,’ katanya. Beliau menghantar atau memasarkan daun kesum itu di Pasar Borong Kuala Terengganu dan menjadi pengeluar dan pembekal monopoli kerana tidak ramai yang mengusahakan tanaman ini.
Setiap hari beliau akan menghantar 400 ikat (100 kilogram) daun kesum dengan purata harga RM200.00 sehari dan kalau sebulan bermakna RM4,000.00.
 Haji Mohd telah mendapat dorongan dan bantuan pihak kerajaan dengan diberikan bantuan jentera pembajak kecil (Kubota) untuk menjalankan kerja-kerja membuat batas tanaman kesum itu.
  “Saya amat berterima kasih kepada pihak kerajaan, khususnya Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri yang telah membantu bagi menjayakan tanaman ini,” katanya.
Beliau memberitahu, pada tahun 2010 pendapatan yang diperolehi melalui penananam dan pejualan daun kesum itu mencecah sehingga ke RM26,000.00
  Manakala pada tahun 2011, pendapatan tahunannya hasil daun kesum meningkat sehingga kepada RM28,800.00 dan pada tahun lalu (2012) meningkatkan RM38,000.00
 Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu, YB Dato’ Jailani Johari mencadangkan supaya dibuat pameran melalui laman web atau blog dan media baru untuk memperluaskan lagi jaringan pemasaran.
 Demikian suburnya bumi kita dan jika usahakan, pasti mendatangkan hasil. Rakyat yang berusaha pasti mendapat hasil dan manfaatnya.