Halaman

15 November 2013

Bazlan rai kejayaan murid UPSR kawasanya.

Gembira..7 murid SK Pagar Besi yang mendapat 5A bergambar kenangan bersama Bazlan dan guru.
Oleh: Aminudin Ismail. 
Gambar Ehsan: Mazlan Mustaffa (Pejabat Dun Batu Rakit)

BATU RAKIT: Kesibukan tugas sebagai wakil rakyat tidak menghalang Adun Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman untuk bersama-sama meraikan kejayaan murid beberapa sekolah di kawasanya yang mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013, semalam.

Antara sekolah yang dilawati beliau ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Wan, SK Pagar Besi, SK Batu Rakit, SK Batu Rakit Darat, SK Maras dan SK Padang Kemunting.

Selain bertemu murid dan guru, Bazlan sempat juga menyampaikan slip keputusan peperiksaan itu kepada murid-murid sekolah terbabit.

"Saya mengucapkan tahniah kepada 51 pelajar yang mendapat keputusan 5A di kawasan Dun Batu Rakit ini, semoga lebih ramai lagi pelajar yang akan mencapai keputusan cemerlang itu pada tahun-tahun akan datang.

"Juga kepada guru-guru, saya ucapkan tahniah dan berbanyak terima kasih atas usaha mereka melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang dalam peperiksaan di Dun ini.

"Kepada yang kurang cemerlang, jangan mudah berputus asa, teruskan usaha diperingkat menengah nanti," katanya.

 Berikut ialah gambar-gambar sekitar lawatan Bazlan di beberapa sekolah sekitar Dun Batu Rakit:-
Seorang murid 5A menerima slip daripada Bazlan.
Murid 5A Batu Rakit gembira terima slip keputusan.
Seorang murid SK Batu Rakit terima keputusan daripada Bazlan.
Murid Batu Rakit Darat gembira slip daripada Bazlan.
11 murid 5A dan guru SK Bukit Cempaka bergambar bersama Bazlan
Empat murid 5A Sk Bukit Wan bergambar kenangan bersama Bazlan, ibubapa dan guru.
13 murid 5A SK Maras bersama Bazlan dan guru mereka.
Sembilan murid 5A SK Padang Kemunting gembira bersama slip masing-masing.