Halaman

22 November 2013

ADUN Jertih jumpa pemimpin selepas dilantik Ahli Exco Kerajaan Terengganu


YB Muhammad Pehimi berucap menemui pemimpin masyarakat

Oleh: Mohammad Ishak 

Selepas tujuh jam menerima perlantikan sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu (EXCO), Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih, Muhamad Pehimi Yusof, bergegas pulang dan menemui pemipim masyarakat dalam kawasan berkenaan.

Muhamad Pehimi, yang terkejut dengan perlantikan jawatan berkenaan berbuat demikian kerana ingin mengucapkan penghargaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat, Menteri Besar, Dato’ AhmadSaid dan pengundi di DUN Jertih.

Majlis pertama selepas perlantikan Ahli Exco, Muhamad Pehimi mengadakan pertemuan dengan 200 pemimpin pelbagai pertubuhan yang diadakan di Pejabat Penyelaras DUN Jertih, kira-kira jam 5 petang semalam.

Ia dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Ketua Cawangan, Wanita, Pemuda, Puteri dan jentera sayap parti yang diadakan secara mengejut. Pada majlis itu beliau menyatakan amat terharu dengan kepercayaan

Menteri Besar memberi tugas dan tanggungjawab sebagai Ahli Exco Kerajaan Negeri. “Perlantikan ini satu amanah dan tenggungjawab perlu dilaksanakan demi untuk kepetingan rakyat dan kerajaan negeri,” katanya.

Katanya, beliau kini bukan sahaja berkhidmat untuk penduduk di DUN Jertih, sebaliknya akan bertanggungjawab kepada seluruh rakyat Terengganu.

Berkelulusam Diploma Pertanian,Muhamad Pehimi seblum itu mengangkat sumpah dihadapan Duli Yang Maha Mulia (DYMM),Sultan Terengganu,Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah,Kuala Terengganu