Halaman

17 October 2013

Tiga Wakil Rakyat meriahkan Korban Perdana Batu Rakit.

Semangat...Bazlan(dua dari kiri) dan Zulkifly(sebelahnya) bersemangat memegang lembu untuk disembelih.
Teks dan gambar Aminudin Ismail.

BATU RAKIT: Tiga wakil rakyat dari Parlimen Setiu hadir bagi memeriahkan lagi Program Korban Perdana Parlimen Setiu, Dun Batu Rakit di yang diadakan di hadapan rumah Adun Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman, di sini, hari ini.

Dalam program itu, tujuh ekor lembu dikorbankan yang membabitkan 30 JKKK dari seluruh Batu Rakit, wanita, pemuda, puteri dan penduduk kampung sekitar Batu Rakit.

Adun Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman berkata, program korban itu adalah acara tahunan yang dilakukan oleh wakil rakyat terdahulu dan beliau menyambung tradisi itu.

"Semua hadir pada hari ini, termasuklah Dato' Mohd Jidin Shafee (Adun Permaisuri) dan Che Zulkifly Jusoh (Ahli Parlimen Setiu) dan hampir kesemua pengerusi JKKK kawasan Batu Rakit, suasana begitu meriah, masing-masing menunjukan semangat setiakawan dan bergotong-royong.Saya mengharapkan program ini akan berterusan sampai bila-bila," katanya.

Berikut ialah gambar-gambar sekitar program Korban Perdana itu:-
Mesra..Mohd Jidin (kiri) sedang melapah kambing sambil diperhati Bazlan dan Zulkifly.
Setiakawan..semangat setiakawan antara penduduk.
Rapat..Bazlan sedang bercakap sesuatu dengan dua rakannya.

Rebah..seekor lembu direbahkan beberapa penduduk.

Tanya khabar..Zulkifly bertanya khabar seorang penduduk Batu Rakit.
Bantu..kaum wanita turut mambantu.