Halaman

19 October 2013

Sultan dan Sultanah Terengganu berkenan berangkat ke Majlis Santapan UMT

Oleh: Noraini Jusoh



Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berkenan berangkat ke majlis Santapan Malam sempena majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu (UMT) kali ke-11 di Pusat Konvensyen, Taman Tamadun Islam, malam tadi.

Sultanah Nur Zahirah ialah Canselor UMT.

Keberangkatan tiba Sultan dan Sultanah Terengganu diiringi Tengku Sri Paduka Raja dan Yang Berbahagia To’ Puan Rosita Abdullah.

Turut menyambut ketibaan baginda berdua ialah Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said dan isteri To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud; Menteri Pendidikan II, Dato’ Seri Idris Jusoh; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Haji Mohd Zuber Embong; Pro-Canselor UMT, Tan Sri Samsudin Osman; Pengerusi Lembaga Pengarah UMT, Tan Sri Datuk Dr. Ahmad Zaharudin Idrus serta Naib Canselor UMT, Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo.

Turut hadir, Ahli-Ahli Dewan Pangkuan DiRaja Terengganu serta Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu.