Halaman

23 October 2013

Pelbagai Aktiviti di Program Alam Sekitar Parlimen Setiu.

Teks dan gambar Aminudin Ismail.

Tiba..Pegawai Daerah Setiu tiba di sambut Pengarah JAS.
SETIU: Pelbagai aktiviti diadakan sempena Program Rakan Alam Sekitar Peringkat Parlimen Setiu sempena Minggu Alam Sekitar Malaysia Negeri Terengganu yang diadakan di Perpustakaan Awam Dearah Setiu, Bandar Permaisuri, di sini, hari ini.

Program yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan menjaga alam sekitar itu di rasmikan oleh Pegawai Daerah Setiu, Mohd Nor Ibrahim di dewan perpustakaan itu.

Baca..Roshadah bersama Mohd Nor (tengah) membaca buku acara.
Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri, Roshadah Hashim, berkata Program itu adalah program RAS (Rakan Alam Sekitar) diadakan untuk RAS Parlimen Setiu di bawah Ahli Parlimen Setiu.

"Minggu ini adalah minggu Alam Sekitar Malaysia yang memang disambut di seluruh negara, oleh itu kita adakan program ini dalam minggu yang sama.

"Hari ini juga kita akan membuat beberapa pelancaran iaitu pertama Pelancaran Pusat Komuniti RAS di Daerah Setiu dan Pasukan Pemantau Pencemaran (3P).

"Selain itu, hari ini juga diadakan majlis pelepasan konvoi Jelajah Jejak Mesra JAS (JJMRAS) zon timur yang terdiri daripada 60 peserta yang menaiki 16 buah kenderaan pacuan empat roda. Ini adalah tempat perhentian ketiga dan pertama di Terengganu selepas pelepasannya di Cameron Highland baru-baru ini.

Roshadah...hargailah alam sekitar.
Roshadah berkata, dan beberapa aktiviti lain yang diadakan ialah, antaranya cabutan bertuah, pertandingan mewarna murid sekolah rendah mengenai alam sekitar dan pameran dari beberapa agensi kerajaan di daerah Setiu ini antaranya ialah Bomba, Jabatan Pertanian dan JPS.

"Saya mengharapkan program ini akan memberi banyak manafaat kepada semua yang terlibat serta orang awam yang menyertainya bagi menjaga alam sekitar di negeri ini. Terima kepada semua pihak yang menjayakan program ini serta kepada Ahli Parimen Setiu, atas kerjasama yang diberi." katanya.

Tekun..peserta tekun melukis.
Sementara itu, Nurin Jazlina Mohd Zailani, dari SK Putera Jaya muncul juara Pertandingan Mewarna Tahap satu, tempat kedua Nisrina Nabihah Haini, tempat kedua manakala tempat ketiga Nik Ain Hasibi Zolkepeli, tempat ketiga.

Urusetianya, Hasra Masrifah Wan Jusoh, berkata Nur Arissa Mat Didik dari Sekolah Kampung Rahmat pula menang tempat pertama dalam kategori Tahap 2, tempat kedua, Norsyifa Shamsuddin dari SK Permaisuri dan ketiga ialah Safi Qistina Hanidullah dari SK Kampung Buluh.

"Tujuan pertandingan melukis ini diadakan ialah untuk memupuk pelajar yang menyertainya mencintai alam sekitar dan tanam rasa cinta kepada alam sekitar sejak dari umur bawahan lagi, supaya apabila dewasa nanti mereka mempunyai perasaan sayang kepada alam sekitar," katanya

Berikut ialah gambar-gambar sekitar Program JAS Negeri Terengganu itu:-
Hadir..antara tetamu yang hadir.

Tertarik...gerai Perhilitan menarik minat orang ramai.
Ikrar...Empat anggota 3P berikrar.
Dengar..sebahagian murid yang hadir mendengar ucapan.
Kenangan..ahli 3P bergambar kenangan dengan Pegawai Daerah.
Juara..Nurin Jazlina bersama hadiah dimenanginya.
Gubah...pertandingan gubahan turut diadakan.
Segak..sebahagian peserta JJMRAS yang hadir
Tertarik..dua pengunjung tertarik dengan bahan pameran Bomba.