Halaman

03 March 2013

Balu ASP Zulkifli Mamat ucap terima kasih kepada kerajaan


Datin Seri Wan Naimah sampaikan sumbangan kepada Nor Aziah Noor

Oleh: Mohammad Ishak 

“Saya tidak tahu kerajaan menaikkan pangkat kepada arwah suami ,Zulkifli Mamat,29, sehinggalah dimaklumkan oleh petugas media ketika mereka berkunjung ke rumah ibu mertua di Kampung Kubang Ikan, dekat Jertih hari ini,” kata Balu Wira Negara,Nor Aziah Noor,29.

Katanya, walaupun masih dalam kesedihan saya amat gembira menerima berita apabila Perdana Menteri,Datuk Seri Naijb Tun Razak mengumumkan kerajaan bersetuju menaikkan pangkag Asisten Supritendan kepada arwah.

Menurutnya, pengumumkan Perdana Menteri itu satu penghargaan paling berharga dan menguatkan semangat saya selepas kehilangan suami tersayang yang terkorban dalam kejadian di Lahat Datu itu.

 “Arwah sebenarnya sudah kerap kali menyebut beliau kemungkinan akan dinaikkan pangkat selepas menamatkan pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM),” katanya ketika ditemui di rumah ibu mertuanya, Khatijah Ismail,64.

Alhamdulilah,katanya,niat arwah akhirnya termakbul walaupun dia sudah meninggalkan jawatan dan keluarga selepas berkhidmat dalam pasukan polis. Nor Aziah turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan terutama Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak,Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, Pegawai Kanan Polis,Pemimpin Kerajaan Wakil Rakyat Barisan Nasional (BN) Besut yang memberi sokongan dan semangat kepadanya.

Malah,katanya, kesediaan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang berangkat menyambut jenazah allahyarham di Pangkalan TUDM Gong Kedak, adalah satu penghormatan tinggi kerajaan terhadap arwah suami.

Sementara itu, orang ramai dan pertubuhan badan bukan kerajaan tidak putus-putus berkunjun g ke rumah ibu mertuanya untuk menyampaikan takziah dan sumbangan sebagai tanda simpati kepada keluarga yang kehilangan anak tersayang.

Pergerakan Wanita Umno Bahagian Besut, diketuai Naib Ketua,Datin Seri Wan Naimah Abdul Latif, bersama ahli jawatankuasa hari ini hadir menyampaikan sumbangan kepada keluarga allahyarham.

Manakala, Penasihat Agama Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin yang juga Ahli Parlimen Besut,bersama penduduk setempat malam semalam mengetuai majlis tahlil yang diadakan di rumah ibu mertuanya.