Halaman

14 December 2012

Program penerangan kepada Jalinan Rakyat Wanita

Oleh: Mohammad Ishak 

Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Besut akan menganjurkan majlis penerangan isu semasa kepada Jalinan Rakyat (JR) pergerakan itu yang akan berlangsung di Dewan Majlis Daerah Besut (MDB) Gong Kemuntong, Sabtu (15 Disember 2012)

Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian, Engku Naimah Engku Taib berkata, majlis itu bertujuan memberi imput berguna kepada ahli pergerakan wanita dalam menghadapi isu yang dibangkitkan pihak pembangkang.

Katanya, seramai 1,000 petugas JR dijangka menghadiri majlis yang turut dianjuran oleh Biro Penerangan UMNO Bahagian Besut.

Ahli Parlimen Besut, Dato’ Seri Dr Abdullah Md Zin yang juga Penasihat Agama Perdana Menteri, akan merasmikan program berkenaan.

Engku Naimah berkata, petugas JR perlu dibekalkan kemahiran tinggi mengenai pelbagai fakta semasa untuk berhadapan dengan karenah pembangkang yang banyak menabur fitnah terhadap pemimpin dan parti.

Beliau berkata, sempena majlis itu Wanita UMNO juga akan melancarkan kutipan derma untuk tabung pelarian Gaza yang akan dilancarkan oleh Dr Abdullah.

Engku Naimah berharap, penduduk daerah Besut khususnya ahli UMNO tanpil memberi sokongan dengan menderma kepada tabung berkenaan.