Halaman

29 November 2012

Kesal sikap pemimpin Pas pertahankan doa

Oleh: Suriati Ali

 Tindakan Pas mempertahankan doa yang dibacakan adik Mursyidul Am Pas, Nik Razi Nik Mat membuktikan parti itu ingin menghancurkan umat Islam di negara ini.

 Pegawai Khas Agama kepada Menteri Besar, Haji Kamaruddin Omar, berkata dia kesal dengan sikap pemimpin Pas yang menyatakan doa tidak bercanggah dengan Enakman Jenayah Syariah Kelantan. “Enakman atau undang-undang itu direka sendiri dan ia tidak berpandukan al-Quran dan hadis.


“Mereka bijak putar belit isu supaya rakyat menjadi keliru, jika pemimpin mereka tetap mempertahankan doa yang berbunyi `K.O BN’, `K.O BN’ bermakna kita juga boleh mendoakan kecelakaan kepada parti Pas,” katanya.

 Bagaimanapun, katanya kita sebagai umat Islam tidak terdetik untuk berbuat demikian kerana sedar ia jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

 “Nabi Muhammad sendiri pun tidak mendoakan sedemikian rupa ketika ia diserang musuh, sebaliknya mendoakan supaya musuh itu mendapat petunjuk,” katanya ketika dihubungi Teganukita.

Katanya, sebagai masyarakat Islam, harus menolak kepimpinan dibawa pembangkang kerana perikatan itu sanggup melakukan apa saja demi survival politik mereka..