Halaman

29 November 2012

JKM Terengganu muncul juara keseluruhan Anugerah Inovasi

Oleh; Esah Abdullah

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu berjaya membolot lima daripada tujuh kategori yang dipertandingkan sekali gus muncul juara keseluruhan dalam Anugerah Inovasi JKM 2012 yang berlangsung di Pulau Pinang.

Lima anugerah yang dimenangi ialah kategori Pertandingan Inovasi dan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif menerusi reka cipta kerusi roda urut V-Care menggunakan kerangka kerusi roda terpakai yang diubah suai oleh Bengkel Pemulihan Kebajikan Marang.

Manakala kategori Anugerah Pegurusan Kewangan dimenangi Rumah Ihsan Dungun; Anugerah Inovasi Edible Green Instituti di menangi Taman Sinar Harapan Bukit Besar dan Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi oleh JKM Terengganu.

Sebanyak 97 penyertaan bagi tujuh kategori dipertandingkan tahun ini bertujuan mencetuskan inovasi dalam pelbagai sector untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada kumpulan sasar.

Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat  Dato’ Dr Noorul Ainur Mohd Nur telah menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Dato’ Dr Noorul Ainur kemudiannya mencadangkan semua hasil ciptaan yang berjaya dipatenkan dan dijadikan suatu produk pengguna yang mempunyai nilai pasaran agar boleh digunakan oleh masyarakat.