Halaman

28 May 2012

Ttitc production hasil perabot kayu

Oleh; Esah Abdullah

Terengganu Timber Industri Training Centre (TTITC) syarikat milik penuh kerajaan negeri yang beroperasi di Kampung Teris, Kuala Berang,Terengganu berjaya mewujudkan sebuah anak syarikat iaitu Ttitc Production Sdn. Bhd.

Unit baru ini (Ttitc Production) ditugas memantau, mengendali dan mengawal kerja-kerja pengeluaran perabot, binaan, hiasan dalaman, kabinet dapur, khidmat pembinaan, khidmat nasihat, latihan dan motivasi, khidmat penyewaan dan prasarana latihan.

Sejajar dengan perkembangan industri negara, Tttitc production berjaya menjalankan perniagaan berasaskan kayu yang kini mempunyai permintaan tinggi di dalam dan luar negara.

Pengurus Besar TTITC, Haji Ajlan Mohamad berkata, sejak beroprasi 15 tahun lalu, secara berperingkat mengorak langkah dan kini menawar lapan kursus teras Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM).

“TTITC juga menyediakan kursus jangka pendek disamping menjalin hubungan strategik dengan agensi lain bagi memantapkan operasi harian seiring dengan perkembangan sektor latihan kemahiran serta pasaran tenaga kerja masa kini,” katanya.

Katanya, TTITC merupakan pusat latihan bertauliah melatih dan melahirkan tenaga mahir dan separa mahir dalam industri berasaskan perkayuan, rekabentuk serta seni bina bangunan.

Menurutnya lapan kursus disediakan antaranya, jurubina berasaskan kayu, pembuat perabut, jurumesin kayu, ukiran kayu, pelukis pelan senibina dan eksekutif pengeluaran perabut, vokasional training officer (V.T.0) serta kursus atas permintaan.

Setiap peserta layak mendapat pinjaman pendidikan di bawah Yayasan Terengganu (YT) dan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) yang diuruskan oleh TTITC.