Halaman

03 February 2012

Pas bawa matlamat politik menghalalkan cara

Dato' Seri Mohd Najib menyampaikan bantuan kerusi roda kepada penerima Dun Batu Buruk, Kuala Terengganu pada majlis Perdana Menteri Bersama Rakyat DUN Batu Burok di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Budiman, Kuala Terengganu petang ini. - Gambar oleh Zulkipli Putra.

Oleh; Esah Abdullah

Kerajaan Barisan Nasional (BN) berjuang di atas landaran benar dan apa yang dilakukan kerajaan selama ini adalah lebih Islamik daripada Pas yang menggunakan slogan membangun bersama Islam.

Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata, BN memberi tumpuan lebih kepada rakyat, sedangkan Pas hanya menumpukan kepada ceramah yang mengelirukan rakyat.

”Pas ni memang kuat lebong (tipu), mereka bawa matlamat politik yang menghalalkan cara dan sekarang untuk raih undi orang bukan Islam mereka tukar pula kepada negara berkebajikan,” katanya di depan kira-kira 10,000 rakyat di majlis Perdana Menteri Bersama Rakyat DUN Batu Burok di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Budiman, Kuala Terengganu petang ini.

Hadir sama, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said dan Isteri To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud; Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek; Yang Dipertua DUN, Dato’ Haji Tengku Putera Tengku Awang dan Setiausaha Kerajaan, Dato’ Mazlan Ngah serta Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Perdana Menteri berkata, contoh terbaru, Pas telah buang ahlinya, Dato’ Dr. Hasan Ali semata-mata kerana berjuang menyelamatkan akidah umat Islam, tapi kerana tak sebulu dengan pemimpinnya dia diketepikan.

“BN sentiasa sentiasa mendahulukan rakyat, tolong mereka yang susah malah buat apa yang digalakkan dalam Islam membantu golongan yang tidak bernasib baik,” katanya.




Di majlis berkenaan Perdana Menteri telah menyampaikan replika cek Bantuan 1Malaysia (BRIM) kepada empat DUN dalam Parlimen Kuala Terengganu berjumlah RM9.7 juta iaitu Batu Burok (RM3.6 juta) Ladang (RM1.4 juta), Wakaf mempelam (RM2.7 juta) dan DUN bandar (RM2 juta).

Dato’ Seri Mohd Najib turut menyampaikan bantuan kepada 50 orang penerima Yayasan Tekun berjumlah RM503,000 dan sembilan kerusi roda serta 20 orang menerima bantuan kebajikan masyarakat.