Halaman

05 February 2012

Gandingan Siti Nurhaliza, Rabbani pukau 10,000 penonton

Oleh FAUZI MOHD

Dato' Siti Nurhaliza terus membuktikan keunggulannya sebagai penyanyi No.1 negara apabila berjaya menghiburkan lebih 10,000 penonton yang hadir menyaksikan konsertnya di Taman Tamadun Islam, di sini malam tadi.

Konsert percuma bertemakan 'Muhammad Al-Ameen' itu dianjurkan bersempena sambutan Maulidurrasul 1433 Hijrah menggabungkan dua nama besar daripada dua genre berbeza iaitu Siti dan Kumpulan Rabbani yang juga bertindak selaku penganjur bersama persembahan itu.

Pengunjung ternyata tidak mahu melepaskan peluang menonton persembahan hebat artis popular itu yang turut menampilkan Amy Search, Najwa Latif dan Sabri Yunus.