Halaman

04 February 2012

Empat DUN terima RM12.1 juta BR1M

Oleh: Suriati Ali

Kira-kira RM12.1 juta diperuntukkan untuk diagihkan kepada penerima-penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di empat Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan Marang sempena Program Lawatan Perdana Menteri Bersama Rakyat di Padang Astaka Majlis Daerah Marang (MDM), semalam (3 Febrauri).

Daripada jumlah itu, DUN Bukit Payong menerima peruntukan berjumlah RM3.4 juta, DUN Rhu Rendang (RM3.1), DUN Pengkalan Berangan (RM2.9) dan DUN Alor Limbat pula menerima RM 2.7 juta.

Semua penerima bantuan BR1M terharu di atas keprihatinan dan sikap cakna Perdana Menteri yang sememangnya menyedari dan faham masalah rakyat.

Penerima bantuan BR1M yang juga nelayan dari Kampung Kijing, Marang, Muda Mohd, 71, berkata bantuan yang diterima ini akan digunakan sebaik mungkin untuk membeli pelbagai keperluan dapur dan ubat-ubatan.

Katanya, setiap penerima sewajarnya berterima kasih di atas pemberian yang cukup berharga itu walaupun ada di antara penerima terdiri daripada penyokong Pas.
“Apa yang diterima ini sewajarnya di balas sewaktu tiba Pilihan Raya ke 13 nanti bertujuan meneruskan kepimpinan yang telus dan bijaksana,” katanya ketika ditemui Teganukita selepas program itu.

Nor Ainsha Ajid, 25, berkata dia bersyukur kerana suami, MD Faizal Md Mohd Nor turut tersenarai sebagai penerima BR1M yang cukup berharga buat keluarga.

“Saya dan suami tidak akan melupakan jasa pemberinya iaitu kerajaan Barisan Nasional dan pasti kami membalas apabila tiba PRU ke 13,” katanya.

lebih 10,000 penduduk setempat hadir bagi memeriahkan program yang disempurnakan Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Abdul Razak bersama Isteri Datin Paduka Seri Rosmah Mansor.

Turut hadir, Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said dan isteri, To’ Puan Seri Norliza Mahmud; Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang.

Hadir sama, Ketua Bahagian Marang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri, Dato’ Yahya Khatib Mohamad serta Pegawai Penyelaras Dun Rhu Rendang, Encik Nik Dir Nik Wan Ku.
Pada masa sama, beliau turut menyampaikan kerusi roda kepada 10 penerima, lima unit bot enjin sangkut dan bantuan kebajikan masyarakat.






Video DUN Terima RM12.1 Juta BR1M