Halaman

12 August 2011

KANAK KANAK OKU DIRAIKAN DALAM MAJLIS BERBUKA PUASA

Oleh: Mohammad Ishak


Sebahagian kanak-kanak OKU yang diraikan oleh PDK Jertih

Kelas Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Jertih meraikan kanak Orang Kurang Upada (OKU) dalam satu majlis yang diadakan di kelas berkenan di Seberang Jertih, petang semalam.

Majlis yang disertai kira-kira 100 tetamu termasuk pelajar kelas berkenaan serta ibu bapa dan ahli jawatankuasa PDK adalah acara tahunan yang diadakan pertubuhan itu bagi meraikan kanak-kanak istimewa terbabit.

Pengerusinya, Ayub Jusoh, berkata pihaknya amat prihatian dengan nasib kanak-kanak istimewa itu dan mengambil perhatian berat terhadap kebajikan mereka.

Katanya, selain mengadakan majlis berbuka puasa pihak jawatankuasa juga sentiasa merancang aktiviti yang boleh mendedahkan pelajar kelas terbabit dengan masyarakat luar.

Antara aktiviti yang dilaksanakan termasuklah, hari keluarga, sukaneka, lawatan ke rumah pelajar OKU, lawatan ke luar Terengganu dan aktiviti kemasyarakatan bersama komuniti setempat termasuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Masjid dan pertubuhan bukan kerajaan lain.



Ahli Jawatankuasa PDK bersama bapa pelajar mengaminkan doa sebelum berbuka puasa

Menurutnya, PDK Jertih yang sudah beroperasi sejak 10 tahun lalu banyak melahirkan pelatih OKU yang berkemahiran dan sebahgian mereka ada yang mendapat pekerjaan di sektor swasta.

Malah,katanya, PDK terbabit juga kini menghasilkan produk kraftangan dan jualan sabun mencuci peralatan dapur yang diusahakan sendiri oleh pelajar berkenaan.

“Produk keluaran kelas itu kini banyak dipasarkan sekitar daerah Besut dan ia mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai,” katanya.

Beliau berkata, usaha sedang dipergiatkan bagi membolehkan PDK terbabit mengeluarkan pelbagai produk bagi menambah sumber pendapatan kelas dan secara tidak langsung ia juga membantu golongan berkenaan.