Halaman

11 August 2011

Hayati Ramadan dengan aktiviti tadarus

Oleh; Esah Abdullah

Pergerakan Wanita UMNO Perhubungan Terengganu mengerakkan semua ahli wanita seluruh negeri menyemarakkan bulan Ramadan al-Mubarak dengan mengadakan program tadarus al-Quran di kampung-kampung.



Ketuanya, Datuk Hajah Fatimah Hamat berkata, tadarus al-Quran sudah menjadi aktiviti pergerakan itu setiap menjelang Ramadan dan ia bermula pada hari pertama umat Islam mula berpuasa.

“Kebiasaan mereka mengambil masa dua jam sehari dan berkumpul antara 10 hingga 15 orang di masjid, surau atau balai Quran dan membaca ayat-ayat suci al-Quran secara beramai-ramai,” katanya.

Katanya, majlis khatam Quran pula akan diadakan pada 10 hari akhir Ramadan dengan penyertaan ahli di cawangan yang telah menghabiskan 30 juzu’ bacaan masing-masing.

“Majlis khatam Quran diadakan di 32 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh negeri membabitkan 200 hinga 250 kaum ibu dari cawangan disetiap DUN,” katanya.

Menurutnya di samping program tadarus, pergerakan wanita juga turut menziarah keluarga miskin dan orang uzur serta menghulurkan bantuan berupa keperluan harian.

“Memang menjadi rutin wanita di peringkat cawangan sentiasa menyuburkan aktiviti menziarah dalam usaha mengukuhkan ikatan silatulrahim antara jiran tetangga,” katanya.