Halaman

01 July 2014

Bekerja bersama saya- Pengarah APMT

BINCANG…Pengarah Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (AMPT) Omar Adam (kanan) berbincang sesuatu dengan Ketua Unit, Unit Komunikasi (UKOM) negeri, Ruslan Abdul Rahman ketika beliau hadir pada pertemuan dengan jawatankuasa Program Iftar Ramadan UKOM 2014, di pejabat UKOM, Jalan Pejabat, hari ini.

Omar, 41, yang mula memegang jawatan Pengarah AMPT hampir sebulan lalu mahu semua kakitangan APMT dan UKOM bekerja bersama-samanya untuk mempastikan kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abdul Rahman berjalan baik dan lancar.

Omar bersama Ruslan dan Mohd Razif (tiga dari kanan)
Katanya, sebagai orang baru, beliau amat memerlukan kerjasama itu dari semua pihak dan beliau akan menjalankan tugasnya dengan sebaik mungkin dengan melakukan beberapa tranformasi untuk kebaikan bersama dalam melancarkan perjalanan APMT dan UKOM.

Omar juga menekankan soal ketulusan waktu bekerja dan mendahulukan soal-soal keagamaan dalam menjalankan tugas supaya setiap kerja yang dilakukan akan mendapat keberkatan Allah s.w.t.

Dalam ucapannya itu juga, beliau akan meneliti semula soal tugasan kakitangan APMT di peringkat DUN supaya mereka boleh memainkan peranan penting dalam usaha kerajaan membangunkan rakyat di negeri ini dan merapatkan hubungan antara rakyat dan kerajaan negeri.

Dalam pada itu, walaupun sibuk dengan tugas lain, Omar berkata, beliau akan cuba meluangkan masa untuk datang ke pejabat UKOM bagi bertemu dengan pegawai dan kakitangan unit itu.

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Timbalan Pengarah (Pengurusan) UKOM, Mohd Razif Abdul Majid ,wakil dari Parlimen Besut, Setiu, Kuala Nerus, Marang, Kuala Terengganu dan Kemaman.-aminudin.
Omar mendengar pandangan seorang kakitangan UKOM.

 

30 June 2014

JKKK Gong Lingai, Batu Rakit buat sumbangan Ramadan.

AMAL RAMADAN...Seorang penduduk Kampung Gong Lingai, Batu Rakit gembira menerima beberapa keperluan dapur daripada ADUN kawasan itu, Bazlan Abdul Rahman sebagai persiapan menghadapi Ramadan dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Dewan Serbaguna kampung itu, baru-baru ini. 

Beberapa penduduk yang berpendapatan kecil dari kampung itu menerima sumbangan yang disediakan oleh JKKK Kampung Gong Lingai itu dan Bazlan mengucapkan tahniah serta syabas atas komitmen JKKK itu yang begitu cakna dengan penduduk dengan mengadakan pelbagai aktiviti.

Ketika berkunjung ke kampung itu, Bazlan juga sempat melawat kawasn penanaman pokok serai dan beliau sempat menanam beberapa pokok tanaman itu sebidang tanah yang diusahakan oleh penduduk kampung terbabit.- aminudin.

 

500 terima wang zakat di Besut, petang ini



Bersedia...Dewan MDB bersedia untuk majlis petang ini.
Oleh: Mohammad Ishak.

SERAMAI 500 golongan fakir miskin di daerah Besut akan menerima sumbangan wang zakat bagi membolehkan mereka berbelanja dan dan membeli keperluan lain sepanjang tempoh Ramadan tahun ini. 

Mereka akan menerima sumbangan itu sempena majlis berbuka puasa anjuran Pejabat Ahli Parlimen Besut yang akan diadakan di Dewan Majlis Daerah Besut (MDB) Gong Kemuntong, di Jertih jam 6 petang ini.

Menteri Pendidikan II, Dato’ Seri Idris Jusoh yang juga Ahli Parlimen Besut akan hadir dan menyampaikan sumbangan berkenaan kepada fakir miskin yang terpilih. Pemilihan penerima terbabit dibuat menerusi

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dengan menyenaraikan dua penerima yang layak bagi setiap JKKK terbabit.

Sementara itu, orang ramai yang hadir pada majlis berbuka puasa bersama pemimpin daerah Besut petang ini berpeluang mendapatkan agihan bubur lambuk yang disediakan pihak penganjur.

Penganjur, Empower ECER Besut akan menyediakan kira-kira 1,000 bungkus bubur lambuk untuk diagihkan kepada orang ramai sempena Ramadan tahun ini.

“Bubur lambuk Besut mempunyai keistimewaan tersendiri dan berlainan dengan perasa di tempat lain kerana ia diramun khas oleh peserta ECER,” kata jurucakap penganjur.

 

20 ahli Putri Dungun belajar hias diri.

SERAMAI kira-kira 20 ahli Putri UMNO dari beberapa cawangan di Dungun menyertai Program Personaliti Diri anjuran sayap itu di Bukit Besi, baru-baru ini.

Program  bertujuan untuk mengaplikasikan penampilan diri terutamanya wajah itu lebih menumpukan kepada cara pemakaian bedak, gincu dan tudung.

Sedang mendengar ceramah penampilan diri.
Ketua Putri UMNO Dungun, Arlina Rosli berkata, sambutan golongan wanita muda terhadap program ini amat mengalakan dan beliau bercadang akan mengadakan di kawasan lain pula selepas Aidilfitri ini.

“Permohonan penyertaan amat baik tetapi kita hanya menerima 20 orang sahaja untuk satu sessi dan Insya Alllah, lepas raya ini kita akan buat di tempat-tempat lain pula supaya setiap ahli Putri akan lebih terserlah penampilanya,” katanya.- aminudin.

 

29 June 2014

UMNO Dungun buat kunjungan Ramadan.

BERKUNJUNG…sebahagian daripada seramai kira-kira 30 jawatankuasa Wanita, Pemuda dan Putri UMNO Dungun mengambil kesempatan bersempena sambutan Ramadan tahun ini mengunjungi rumah seorang pesakit kronik di Felda Kertih untuk menyampaikan hamper keperluan harian, baru-baru ini.

Sebanyak lebih 10 buah rumah pesakit kronik dan OKU di Felda Kertih 2 dan 3 dikunjungi rombongan itu melalui program di bawah Skuad Sayang UMNO Dungun yang bertujuan untuk meringankan bebanan keluarga pesakit terbabit membuat persiapan menyambut Ramadan.

Turut sama dalam program itu ialah Ketua Wanita UMNO Bahagian Dungun, Zainun Abu Bakar, Ketua Pemuda UMNO Dungun, Mohd Asri Mohamad dan Ketua Putri UMNO bahagian itu, Arlina Rosli.- Aminudin.
Menyampaikan hamper di rumah seorang pesakit kronik.

 

Gembira terima laptop untuk anak belajar dari Iskandar.

TERIMA KASIH…Seorang bapa di Jabi gembira menerima sebuah laptop daripada ADUN kawasan itu, Mohd Iskandar Jaafar untuk kegunaan seorang anaknya yang kini menuntut di sebuah pusat pengajian tinggi, di rumahnya, baru-baru ini

Menurut Iskandar, penduduk yang dikenali sebagai Pok Nor itu adalah seorang berpendapatan kecil dan beliau perlu dibantu untuk memberi kemudahan itu kepada anaknya.

"Dengan sumbangan ini, saya mengharapkan anak Pok Nor itu belajar lebih  bersungguh-sunggguh dan berjaya dalam hidup bagi membantu pula keluargannya apabila menamatkan pengajian dan mendapat pekerjaan yang baik kelak," katanya.

Sementara itu, sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Setiu, Iskandar mengucapkan Selamat Berpuasa kepada penduduk di Parlimen Setiu dan beliau mengharapkan puasa tahun ini akan lebih diberkati dan perbanyakan bersedekah bagi yang berkemampuan di bulan mulia ini.-Aminudin.

 

28 June 2014

Isteri MB dan Serikandi 'beramal' di Bukit Besi.

SUMBANGAN...isteri Menteri Besar Terengganu, To' Puan Halina Zakaria (tiga dari kiri) memberi sumbangan beberapa keperluan harian kepada seorang remaja dari Pusat Dalam Komuniti (PDK) ketika beliau dan Jawatankuasa SERIKANDI menyampaikan sumbangan kepada beberapa pesakit dan OKU di Klinik Kesihatan Bukit Besi, baru-baru ini.

Selain menyampaikan sumbangan hamper di klinik itu, Haslina juga sempat meluangkan masa bersama-sama Jawatankuasa Serikandi itu mengunjungi kira-kira 10 buah rumah pesakit di beberapa kampung sekitar Bukit Besi bagi menyampaikan sumbangan bersempena kehadiran Ramadan kali ini.- Aminudin.

Menyampaikan sejumlah wang kepada seorang pesakit di rumah.


Pencarian Hidayah bersama kumpulan Rabbani di Besut meriah.

Kumpulan Rabbani.
Oleh: Mohammad Ishak. 

MENJELANG Ramadan esok masyarakat Islam di daerah Besut berpeluang mendekati kumpulan nasyid tersohor Rabbani yang mengadakan persembahan berbentuk pencarian hidayah dengan menyanyikan lagu-lagu dakwah sambil menyampaikan motivasi.

Program anjuran Empower ECER Besut dengan kerjasama Pertubuhan Kemajuan Sosial Malaysia (PKSM) berlangsung sepetang di perkarangan pejabat ECER Daerah Besut, Kampung Raja.

Mohd Mahdi dan orang ramai bergambar bersama Rabbani.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, Mohd Mahdi Musa merasmikan program yang diadakan bertujuan menyampaikan mesej keagamaan menerusi nasyid dan motivasi bersesuaian dengan kehadiran Ramadan esok.

Kira-kira 200 peserta di bawah seliaan Empower ECER Besut turut hadir memeriahkan program yang julung kali diadakan bagi menyambut Ramadan. 

Program berbentuk keagamaan dan kerohanian itu juga bagi memberi peluang peserta Empower ECER daerah itu untuk berkenalan dengan kumpulan nasyid berkenaan selain mendengar motivasi yang disampaikan oleh ketua kumpulan Rabbani.

Mohd Mahdi, ketika merasmikan program itu memuji usaha yang dilakukan pihak penganjur yang berjaya mengadakan program keagamaan bersama kumpulan nasyid terkenal itu.

“Menerusi lagu-lagu nasyid pendengar tidak lalai sebaliknya senikata yang banyak memuji kebesaran Allah membuatkan pendengar berasa syahdu dan ada kalanya sedih,” katanya.
Antara hadirin yang hadir.


27 June 2014

Bubur Lambuk Juadah Berbuka

Isteri kepada Menteri Besar Terengganu, To' Puan Halina Zakaria bergotong-royong memasak bubur lambuk....-Gambar-gambar oleh ZULKIPLI PUTRA.






Usaha bangunkan Air Terjun Cemerong akan diteruskan- Mohd Jidin.

Mohd Jidin di Setiu, semalam.
Oleh: Aminudin Ismail. 

KERAJAAN negeri akan meneruskan usaha membangunkan kawasan Air Terjun Cemerong , di Bukit Besi menjadi satu destinasi pelancongan terkemuka di negara ini dengan membina beberapa infrastruktur baru bagi menarik lebih ramai pelancong ke kawasan peranginan terbabit.

Exco Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee, berkata melalui lawatan Exco dan Menteri Besar ke Bukit Besi termasuklah kawasan air terjun itu, tiga hari lalu, bersetuju untuk membina beberapa kemudahan baru di situ.

“Kita akan meneruskan usaha membangunkan kawasan air terjun iaitu dengan pelbagai kemudahan termasuklah wakaf rehat, pembinaan jalan yang lebih selesa ke tempat itu, kawasan reakrasi, tandas dan jambatan gantung.

“Kita juga akan menyediakan satu kawasan pendaratan helikopter. Kita juga akan mempastikan kawasan hijau di situ dikekalkan,” katanya.

Mohd Jidin berkata, air terjun Cemerong adalah sebuah tempat yang begitu menarik untuk dikunjungi kerana ia mempunyai air terjun yang tinggi iaitu yang tertinggi di Asia Tenggara dan anak sungainya mempunyai air yang jernih dan pasir yang menarik.

“Selain itu, kawasan itu juga mempunyai batu-batu yang besar dan kecil. Kemudian kita akan mewujudkan aktiviti ‘rock climbing’ di tempat itu. Kita akan menguji batu itu terlebih dahulu samada sesuai atau tidak.

“Jika ini dapat dilakukan tentunya ia akan menjadi satu daya tarikan baru pelancong dari dalam dan luar negara untuk mengunjungi air terjun itu,” katanya kepada media di Bandar Permaisuri, semalam.

Menurutnya, pembinaan infrastruktur baru itu akan dilakukan secara berperingkat-peringkat melalui peruntukan kerajaan negeri dan pusat dan beliau juga mengharapkan dengan siap sepenuhnya projek itu, Air Terjun Cemerong akan menjadi antara satu destinasi pelancong terkenal di Malaysia.