Halaman

29 April 2014

Peniaga pasar Chabang Tiga berpindah ke pasar baru

Oleh; Esah Abdullah

 Seramai 284 peniaga di Pasar Chabang Tiga Kuala Terengganu akan mula berpindah ke pasar yang baharu mulai 4 Mei ini.

 Pasar baharu yang jaraknya kira-kira 200 meter daripada pasar sedia ada itu dibina atas Sungai Hiliran dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk ruang niaga yang lebih selesa dan tersusun.

Selain itu lebih 200 tempat letak kereta juga disediakan untuk kemudahan pengunjung yang sebelum ini menghadapi masalah apabila berkunjung ke pasar tersebut.

Pengarah Jabatan Perkhidmaatan Perbandaran Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) Encik Ghani Idris berkata, sebanyak 298 lot ruang niaga disediakan di kawasan seluas 4,800 meter persegi itu.

"Projek yang mula dibina pada Jun 2010 itu melibatkan perbelanjaan kira-kira RM15 juta dalam usaha memberi keselesaan kepada peniaga dan pengguna," katanya dalam sidang media di pejabat MBKT Kuala Terengganu petang semalam.

Menurut beliau, walaupun peniaga berpindah ke tapak pasar baharu, pihak MBKT masih mengekalkan kadar sewaaan yang rendah antara RM30 hingga RM60 sebulan kecuali petak sayur pemborong RM5 sehari.

Malah katanya, konsep pembinaan dan penyusunan ruang niaga juga dipersetujui hasil perbincangan dengan persatuan peniaga di pasar berkenaan.

Beliau berkata, projek pembinaan pasar baharu itu merupakan sebahagian daripada pembangunan yang sedang dijalankan di kawasan berkenaan melibatkan keseluruhan kawasan 14,600 meter persegi.

``Selain pasar baharu di kawasan tersebut turut dibangunkan unit-unit rumah kedai oleh Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri dengan sebuah syarikat,'' katanya.
 

28 April 2014

Sekitar Pemberian Dana Raya 2013 Dun Tepoh, hari ini.

KIRA-KIRA tiga ribu penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh menerima Wang Dana Hari Raya 2013 berjumlah RM300 dan RM200 tiap seorang yang diadakan di Stadium Tertutup Gong Badak hari ini.

Pelbagai aksi penerima wang dana itu sempat dirakam jurugambar pelatih Teganukita, Nur Eziera Parahana Aziz untuk tatapan pembaca blog Teganukita serta mengambarkan kegembiraan penduduk Dun Tepoh atas keperihatan Menteri Besar untuk memberi sumbangan dana itu walaupun kawasan itu dimenangi pembangkang pada Pilihanraya Umun lalu.

Majlis perasmian pemberian dana itu dilakukan oleh Timbalan Pengarah UKOM, Ruslan Abdul Rahman yang mewakili Pegawai Khas Menteri Besar.- Aminudin.
Seorang wargaemas terima RM200.

Fatah Husin (ADO K.Trg) menyampaikan dana.
Terima Kasih kerajaan BN.

Zaiful Zaman..."tak sangka dapat."
Ahmad Fadillah (OKU)...bersyukur.

Putih Taib, 85, turut dapat dana.
Hasma Wati Salleh...kerajaan perihatin.

Warga emas beratur mendapatkan dana raya.
Antara yang hadir menerima wang dana raya.

Sebahagian penduduk mendengar ucapan perasmian.-

Ruslan bersalaman dengan penduduk Dun Tepoh.-Aminudin.



GAMBAR BOLEH MENCERITAKAN SEGALA...

KAWASAN BN TEWAS TETAP TERIMA DANA RAYA 2013 - RM1.3 Juta untuk DUN Tepoh.

Oleh: Aminudin Ismail.
Gambar-gambar oleh: Nana
Ruslan..sokong BN.

Seramai kira-kira 5,500 penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh, Parlimen Kuala Nerus sudahpun menerima Wang Dana Raya 2013 yang membabitkan peruntukan berjumlah 1.4 juta.

Peruntukan besar itu membuktikan kerajaan Barisan Nasional  (BN) di bawah pimpinan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said tidak pernah meminggirkan kawasan yang tewas malah rata-rata penerima yang ditemui melahirkan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada Ahmad Said atas sumbangan dana raya itu.

Hari ini seramai 2,048 menerima wang dana itu dengan peruntukan berjumlah  melebihi RM520 ribu yang diadakan di Stadium Tertutup, Gong Badak. Sebelumnya seramai 3 000 lebih telah menerima bantuan berkenaan berjumlah RM820 ribu menjadikan keseluruhannya melebih RM1.3juta.

Seorang penerima, Saiful Zaman Ismail, 26, berkata beliau amat bangga dengan keprihatinan kerajaan BN yang menyalurkan bantuan dana raya itu membuktikan bahawa kerajaan sentiasa mengambil berat tentang masalah rakyat, termasuk di kawasan yang dimenangi pembangkang.
Mesra..Roslan bertanyakan sesuatu kepada penerima.

"Saya rasa terkejut juga kerana tidak sangka kawasan Tepoh ini juga mendapat wang dana raya walaupun kawasan ini dimenangi pembangkang. Keperihatinan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said tetap menyalurkan sumbangan ini menunjukan beliau yang pemimpin yang begitu cakna kepada rakyat, saya amat berterima kasih kepada beliau," katanya.

Seorang OKU, Ahmad Fadillah Mohamad, 35, dari Wakaf Tengah berkata beliau menganggap tindakan Menteri Besar yang tidak meminggirkan pemberian Wang Dana Raya itu kepada penduduk DUN Tepoh menunjukkan beliau seorang yang mengambil cakna terhadap semua penduduk di negeri ini.

"Saya amat bersyukur hari ini kerana dapat jugak wang dana raya ini. Walaupun lewat sikit tetapi ini membuktikan kerajaan BN menunaikan janjinya dan saya begitu berterima kasih kepada kerajaan BN terutamanya Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said," katanya.

Seorang wargaemas, Putih Taib dari Mengabang Telong juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri Terengganu kerana perihatin dengan golongan berpendapatan rendah.

"Terima kasihlah Dato' Ahmad Said kerana bagi duit raya ini, ingat dah tak dapat tapi akhirnya dapat juga. Sumbangan ini amat bermakna bagi saya dan akan mengunakan duit ini untuk membeli barang dapur," katanya.

Majlis perasmian dilakukan oleh Timbalan Pengarah Unit Kominikasi Negeri (UKOM) Terengganu, Ruslan Abdul Rahman mewakili Pegawai Khas Menteri Besar dan Pejabat Menteri Besar.

Turut hadir ialah Penolong Pagawai Daerah Kuala Terengganu, Fatah Husin dan Penghulu Kanan Pejabat Daerah Kuala Terengganu, Wan Sulaiman Wan Ahamad.

Dalam ucapannya, Ruslan mahu penduduk Tepoh kembali memilih BN dalam pilihan raya akan datang supaya agenda pembangunan di kawasan Dun itu dapat diteruskan dengan lebih banyak lagi di samping memperkukuhkan kedudukan kerusi BN dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu.

"Saya mengharapkan penduduk di Dun Tepoh ini kembali menilai semula apa yang dilakukan PAS sejak parti itu mentadbir dengan DUN Tepoh sejak setahun lalu berbanding dengan apa sudah dilakukan oleh BN sebelumnya,' ujarnya.

"Demi untuk pembangunan dan kesejahteraan penduduk di DUN ini saya merayu kepada semua supaya memilih BN pada pilihanraya akan datang".
Seorang penduduk menerima dana raya.

"Terima kasih kepada BN kerana menyalurkan bantuan ini, saya gembira kerana Dato' Seri Ahmad Said tetap memberi wang dana ini kepada penduduk Dun Tepoh, membuktikan beliau sememangnya seorang mengambil berat kepada rakyat di mana sahaja berada.





27 April 2014

KSU rasmi Tadika Pulau Redang.

MESRA..Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah dan Kemas Malaysia (KKLBW), Datuk Seri Ibrahim Muhamad (duduk) melihat aksi beberapa murid Tadika Pulau Redang, sambil diperhati ADUN  Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman ketika beliau melawat kelas selepas merasmikan tadika itu, di Pulau Redang, semalam.

Tadika yang bernilai RM350 ribu itu siap kira-kira tiga lalu dan kini mempunyai 20 murid berusia lima dan enam tahun.

"Dengan adanya bangunan sendiri ini, murid-murid tadika dapat belajar dengan lebih selesa dan saya mengucapkan terima kasih kapada KKLBW kerana menyediakan tadika ini untuk memberi banyak kemudahan pembelajaran kepada kanak-kanak tadika di Pulau Redang ini," katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Datuk Hassan Mohd Amin, Ketua Pengarah Kemas dan Pengarah Kemas Negeri Terengganu.- Aminudin Ismail.
Ibrahim menyampai sumbangan kepada kanak-kanak.

Hassan dan Bazlan memerhati Ibrahim tandatangan buku lawatan.

Ibrahim menandatangi papantanda perasmian.


 

26 April 2014

Hudud: UMNO sedia Muzakarah- Ketua Penerangan UMNO Malaysia.

Oleh: Aminudin Ismail. 
Gambar oleh Zulkipli Putra

Datuk Ahmad Maslan
UMNO akan melihat dahulu rang undang-undang hudud oleh PAS sebelum mengambil keputusan untuk mengadakan muzakarah atau tidak dengan parti itu bagi melaksanakan hukum hudud.

Ketua Penerangan UMNO Malaysia , Datuk Ahmad Maslan berkata, UMNO tidak pernah menolak hudud dan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO semalam UMNO tetap membuat pendirian yang sama.

“UMNO tidak pernah menolak hudud, kaedah pelaksanaan nya berbeza pandangan antara UMNO dan PAS. Kita ingin mendengar apakah cadangan daripada PAS (mengenai hudud) dan selepas itu UMNO akan membuat keputusan samada perlu ada muzakarah atau tidak.

“Kita nak dengar dulu apa yang PAS nak buat dari segi rang undang-undang persendrian itu dan kita ingin melihat juga rang undang-undang persendirian itu dan bagaimana bentuknya,” kata yang juga Timbalan Menteri Kewangan itu.

Ahmad Maslan berkata, rang undang-undang itu mestilah sesuatu yang lengkap, terperinchi dan tebal muka suratnya.

“Hasil kajian yang tepat , kita nak lihat itu, selepas itu, sebelum ini kita tidak menolak ada perbincangan-perbincangan dan sekali lagi kita nak menyebut bahawa UMNO tidak pernah menolak hudud, kaedah pelaksaan itu yang ada perbezaan antara Pas dan UMNO,” katanya.

Menurutnya, dalam hal undang-undang hudud itu, UMNO berpadangan lebih terbuka dan tidak pernah menolak hudud.

“Kita ingin melihat penjelasan PAS dan kemudian bolehlah kita berfikir apakah langkah seterusnya,” katanya selepas menyertai satu forum dalam satu majlis anjuran Penerangan Badan PerhubunganUMNO Terengganu di Kuala Terengganu, hari ini.

 

MARILAH BERSAMA-SAMA SAYA MEMPERKUKUHKAN UMNO TERENGGANU.- Ahmad Said.

Oleh: Aminudin Ismail. 
Gambar oleh Zulkipli Putra

PENGERUSI Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said berkata UMNO mesti kuat, UMNO mesti dipertahan dan UMNO mesti di martabatkan.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Dato' Seri Haji Ahmad Said ketika memberi ucapan di hadapan jentera penerangan Umno dari seluruh Terengganu.
“Dan menjadi tanggungjawab kita bersama pada hari ini, dan hari-hari yang seterusnya, kita mesti pertahankan apa yang kita ada dan berusaha untuk mengambil semula beberapa kawasan yang kita tewas.
Ahmad menyampaikan cendehati kepada Abdul Rahman sambil diperhati Maslan.

Sebahagian ahli UMNO yang hadir.

Ahmad Maslan memberitahu sesuatu kepada Ahmad Said.

“Ini adalah misi dan visi kita, ini adalah tanggungjawab kita bersama sebagai ahli UMNO. Marilah kita sama-sama memperkukuhkan parti kita dan jangan sesekali kita menjadi gunting dalam lipatan, api dalam sekam, kita semua hendaklah bekerja keras.

“Justeru itu, sekali lagi, saya menyeru pada tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekelian, marilah kita tanamkan semangat, sikap dan keyakinan yang tinggi,” katanya ketika berucap di majlis pertemuan beliau dengan jentera penerangan UMNO negeri di Kuala Terengganu, hari ini.

Menurutnya, tiada parti lain yang mampu memperjuangkan orang Melayu, Islam melainkan UMNO dan Barisan Nasional.

Seramai kira-kira 3,000 jentera penerangan UMNO dari seluruh negeri hadir pada majlis itu yang turut diadakan satu forum bagi memberi semangat dan motivasi kepada semua hadirin.

Dua ahli panel yang menjayakan forum itu ialah Datuk Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO Malaysia dan Ustaz Hassan Basri Mohamad, bekas Ketua Penerangan PAS Selangor dan dipengerusikan oleh Zubir Embong.

Turut hadir ialah Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Abdul Rahman Bakar dan beberapa wakil rakyat Barisan Nasional.


NAJIB TOLAK KHABAR ANGIN TUKAR BEBERAPA MB- APA NAK DIKATAKAN LAGI, ITU PENGAKUAN IKHLAS DARI SEORANG PERDANA MENTERI!!

"Cukuplah mendahului Perdana Menteri dan  cuba mengucar-kacirkan politik negara dan negeri yang telah semakin stabil, kecuali ada pihak-pihak tertentu yang mempunyai agenda peribadi dan tertentu "


Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd.Najib Razak menolak khabar angin yang disebarkan berhubung cadangan untuk menukar beberapa menteri besar.
"Siapa yang kata kita nak tukar MB?," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato' Onn di sini, malam tadi. 
  Keputusan itu dibuat setelah beliau mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di PWTC, amatlah diyakini suatu keputusan yang muktamad dan kolektif.
Oleh hal yang demikian, cukuplah pihak-pihak tertentu supaya bercakap mengenai perkara tersebut.
Pengarang akhbar, termasuk Awang Selamat cukuplah mendahului Perdana Menteri dan  cuba mengucar-kacirkan politik negara dan negeri yang telah semakin stabil, kecuali ada pihak-pihak tertentu yang mempunyai agenda peribadi dan tertentu.
  Bak kata Ketua Umno Bahagian Setiu, Dato’ Mohd Jidin Shafie semalam, ‘keadaan yang telah jernih jangan cuba dikeruhkan”.
 Hentikanlah politik murahan dan cuba memperkecilkan keboleh pemimpin sendiri oleh pihak yang berkepentingan dan bercita-cita rakus.

PERDANA MENTERI SERAH LIMA PELAN PENGURUSAN ALAM SEKITAR


"Pelan itu adalah bagi pemuliharaan, pemeliharaan dan pembangunan Taman Negara yang merentasi negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan; Taman Negara Endau-Rompin yang merentasi negeri Pahang dan Johor; Tasik Chini di Pahang yang juga merupakan Rizab Biosfera Unesco yang pertama di Malaysia; SETIU WETLANDS DI TERENGGANU "


Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak hari semalam (25 April) menyerahkan lima Pelan Pengurusan Alam Sekitar untuk pembangunan lestari taman-taman negara dan negeri di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) kepada kerajaan negeri Pahang, Terengganu, Kelantan dan Johor.

Kenyataan yang dikeluarkan Majlis Pembangunan Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) di sini, pelan itu adalah bagi pemuliharaan, pemeliharaan dan pembangunan Taman Negara yang merentasi negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan; Taman Negara Endau-Rompin yang merentasi negeri Pahang dan Johor; Tasik Chini di Pahang yang juga merupakan Rizab Biosfera Unesco yang pertama di Malaysia; Setiu Wetlands di Terengganu dan Tanah Tinggi Lojing di Kelantan.

``Pelan itu merupakan hasil kajian yang dilaksanakan oleh ECERDC untuk memastikan pembangunan yang seimbang di ECER, demi memastikan projek pembangunan sosioekonomi yang dilaksanakan turut mengambil kira kepentingan alam sekitar.

 ``Dokumen tersebut menggariskan pelan-pelan pengurusan bagi memacu usaha pemuliharaan dan pemeliharaan taman-taman negara dan negeri di ECER,'' kata kenyataan itu.

Dato’ Seri Mohd Najib yang juga merupakan Pengerusi ECERDC menyampaikan dokumen-dokumen berkenaan kepada Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di pejabat Perdana Menteri di sini.

 Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Mohd Ali Hamsa. Taman Negara yang terletak di ECER merupakan hutan hujan tropika tertua di dunia yang dianggarkan berusia lebih daripada 130 juta tahun.
Ia memiliki kepelbagaian biodiversiti hutan hujan iaitu antara yang terkaya di dunia.

``Dalam usaha memacu transformasi sosioekonomi di wilayah ini, adalah amat penting bagi ECER untuk memastikan bahawa kelestarian alam sekitar dan aset semula jadi wilayah ini akan terus kekal terpelihara,'' menurut kenyataan itu

25 April 2014

"Blue Wave Team" perkukuhkan UMNO Setiu.

TERTARIK...Ketua UMNO Bahagian Setiu, Dato' Mohd Jidin Shafee (tiga dari kiri) bersama Ahli Parlimen Setiu, Mohd Zulkifly Jusoh (dua dari kiri), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Mohd Iskandar Jaafar (kiri), Adun Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman dan Adun Langkap, Dato' Sabri Mohd Nor tertarik melihat tayangan 'slide' ketika pelancaran 'Blue Wave Team' (BWT) di Rhu 10, hari ini.

'Blue Wave Team' adalah satu akaun media sosial yang dibuka bertujuan bagi mewujud dan menjalinkan hubungan di kalangan Pengamal Media Sosial UMNO Bahagian Setiu dan menjadi penangkis serangan media sosial pembangkang.

Mohd Jidin bersama YB Setiu lancarkan (BWT)
Ketua Penerangan UMNO Setiu, Fahami Zakaria (kanan) berkata selain itu ia juga menjadi medan penyaluran maklumat mengenai pelbagai aktiviti mengenai Barisan Nasional dan UMNO serta wakil-wakil rakyatnya. 

"Ia juga bertujuan bagi melahirkan lebih ramai pengamal media sosial yang sealiran dengan UMNO dan menjadikan media sosial ini sebagai sumber yang boleh membantu memberi manfaat kepada manusia sejagat," katanya sambil mengharap lebih ramai akan menyertai BWT.

Dalam pada itu, dalam ucapanya, Mohd Jidin mahu setiap pengamal media sosial UMNO supaya sentiasa sealiran dalam bahan maklumat dan tidak menyalurkan maklumat-maklumat remeh dan yang boleh menimbulkan perbalahan sesama sendiri.

"Cuma yang paling mustahak ialah pemikiran kita biar seia-sekata, jangan keluar perkara yang boleh dicantas oleh orang lain, kita buat yang molek dan boleh mengembirakan semua orang dan jangan tulis isu-isu yang boleh menyakitkan hati orang.

"Kalau kita nak marahpun, lebih baik kita jangan tulis apa-apa, diam lebih baik daripada berkata-kata perkara yang tidak baik dan boleh memudaratkan diri," katanya.

Majlis Minum Petang Pengamal Media Sosial Bersama Kepimpinan UMNO Setiu itu dihadiri kira-kira 200 pengamal media sosial dan aktivitis UMNO dari Parlimen Setiu dan ianya bermula jam 5.30 petang.- Aminudin Ismail.
Antara yang hadir meriahkan majlis

Nikmati juadah sebelah pelancaran.

Bersantai sambil menjamu selera di Ru 10.


Ketua Wanita UMNO Setiu sempat merakam gambar.

Dato' Sabri melayani tetamu.
Mohd Jidin sedang berucap.

Tetamu menjamu selera.

Antara yang hadir.

Iskandar memberitahu sesuatu sambil di perhati Mohd Jidin dan Sabri.


Antara pengamal media sosial yang hadir.