Halaman

27 September 2012

“DALAM PEMERHATIAN SAYA, PEGAWAI DAN KAKITANGAN MEMBERI SOKONGAN DAN DOKONGAN KEPADA KEPIMPINAN NEGERI” SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI, DATO’ MAZLAN NGAH.

Oleh: Ruslan Abdul Rahman, Pengarang Teganukita. 

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah (gambar) membuat perakuan bahawa apa yang beliau dapati, penjawat awam (pegawai dan kakitangan kerajaan negeri ) di negeri ini memberi sokongan dan dokongan kepada kepimpinan, terutama berteraskan wawasan kepimpinan untuk “Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan.”

“Dalam penelitian saya, setakat ini kerjasama daripada pihak awam, pentadbiran negeri dan pucuk pimpinan negeri berjalan dengan amat baik,” kataya dalam satu pertemuan dan wawancara ekslusif dengan Pengarang Teganukita, Unit Komuniknasi Negeri.

Malah pegawai dan kakitangan awam memberi sokongan dan dokongan yang baik kepada pucuk pimpinan, pentadbiran dan saya sendiri selaku sekalu Setiausaha Kerajaan. Berikut adalah wawancara saya (pengarang Teganukita, Unit Komunikasi Negeri) dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Dato’ Haji Mazlan Ngah pada hari ini ,27 September 2012 di bilik pejabatnya di di Wisma Darul Iman.

Dato’ Haji Mazlan dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan pada 16 April 2010, iaitu lebih kurang2 tahun 5 bulan yang lalu:

Pengarang Teganukita: Dalam tempoh perkhidmatan Dato’ sebagai Setiausaha Kerajaan apa yang Dato’ boleh gambar dan lukiskan....?

Dato’ Haji Mazlan: Amat baik sekali perjalanannya, dalam pemerhatian saya setakat ini kerjasama amat baik dari semua pihak, pentadbiran negeri, pucuk pimpinan negeri dan orang awam (ramai) keseluruhan. Suatu kerjasama yang mantap dan amat baik.Masing-masing saling bekerjasama baik.

Pengarang Teganukita: Sokongan pegawai dan kakitangan kerajaan kepada kerajaan dan pimpinan?  

Dato’ Haji Mazlan: Apa yang saya perhatikan penjawat awam (pegawai dan kakitangan kerajaan) membei sokongan dan dokongan. Wawasan kerajaan negeri sekarang Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan, semua sokong dan mendokongnya.

Pengarang Teganukita: Tiada yang melakukan kesalahan tatatertib dan adakah diambil apa apa tindakan?  
Dato’ Haji Mazlan: Ada. Tindakan tatatertib (disiplin) kita sentiasa ambil. Sepuluh orang telah dibuang kerja dari tahun 2010 hingga sekarang dibuang kerja kerja tidak melanggar tata tertib dengan tidak hadir bekerja.

Pengarang Teganukita: Apakah Dato’ melihat pencapaian Kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu sekarang?

Dato’ Haji Mazlan: Kemajuan dan pencapaian kerajaan BN Terengganu meningkat. Dan diharapkan projek-projek pembangunan dan kemajuan negeri terus dipantau dengan baik oleh petugas (pegawai dan kakitangan yang diberi tanggungjawab). Yang penting mereka perlu juga untuk turun padang memantau apa yang dilakukan di tapak projek.


Pengarang Teganukita: Kita mempunyai wang untuk pembangunan dan projek-projek yang dijalankan untuk kepentingan rakyat?

Dato’ Haji Mazlan: Setiap bajet yang diluluskan kita hendaklah belanjakan secara berhemah mengikut kelulusan yang diberi. Sekiranya terdapat keperluan tambahan hendaklah dibincangkan dengan pihak kewangan negeri.

Pengarang Teganukita: Adakah pengurusan dijalankan dengan cekap dan ikut jadual ?


Dato’ Haji Mazlan: Ya, sebab itulah saya menekankan supaya kita (penjawat awam) hendaklah melakukan tugasan dan arahan yang diberikan dengan cepat dan tepat, kerana jika tidak ia akan member kesan kepada orang ramai. Umumnya baik, tetapi saya harap yang ada kalanya lambat dipercepatkan, saya kurang puas hati kalau sesuatu itu lambat diuruskan.

Pengarang Teganukita: Apa harapan Dato’ kepada pegawai dan kakitangan kerajaan?

Dato’ Haji Mazlan: Nasihat saya kepada semua penjawat awam supaya melaksanakan tugasan dengan sebaik mungkin sebagaimana yang dihasratkan oleh pucuk pimpinan kita, iaitu Menteri Besar selaras dengan pendekatan “Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan “ yang diperkenalkan.

 

MB lancar sambutan BBK 15 Oktober


Oleh: Kamarudin Mat Akib


Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said akan merasmikan sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) Peringkat Negeri Terengganu 2012 di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, pada 15 Oktober ini.

Pelbagai acara bakal diadakan sempena sambutan BBK, termasuk Malam Bahasa Jiwa Bangsa, Sayembara Deklamasi Puisi, Karnival Irama 1Malaysia, Syarahan Sasterawan Negara, Indahnya  Pantun di Radio dan Kuiz Bahasa, di beberapa lokasi yang telah ditetapkan.

Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Dato’ Haji Wan Ahamad Wan Muda, berkata kira-kira 1,000 orang dijangka hadir pada majlis perasmian BBK dengan beberapa acara menarik diatur bagi  menjayakan majlis berkenaan.

Kapal UMT lakukan pelayaran sulung

Oleh: Suriati Ali

Gambar fail
Kapal Research Vessel Discovery (RV Discovery) milik Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akan memulakan pelayaran sulung bersama puluhan penyelidik dari beberapa universiti terkemuka negara ini.

Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Ibrahim Komoo berkata, pelayaran bertemakan `Penerokaan Ilmu Pesisir Pantai ’ dijangka bermula awal tahun depan dan mengambil masa satu hingga dua bulan.

Katanya, tempoh itu dianggap sesuai kerana akan singgah di setiap pelabuhan yang terdapat di Malaysia bagi memperluaskan ilmu penyelidikan kepada masyarakat setempat.

 “Setiap kali singgah, penyelidik berkaitan akan mengadakan beberapa aktiviti sampingan, termasuk motivasi dan seminar bersama penduduk sekitar pelabuhan,” katanya.

 “Pendekatan ini bukan saja dapat mendekatkan diri kepada masyarakat malah memperkenalkan identiti UMT dan Terengganu kepada penduduk luar.

 “Pengalaman sepanjang pelayaran itu akan dibukukan untuk tatapan umum generasi akan datang, terutama pelajar dan penyelidik muda pelbagai universiti,” katanya.

 Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Makan Malam Mesra Media di Riyaz Heritage Marina Resort & Spa, Pulau Duyong, Kuala Terengganu, malam tadi.

Pada masa sama, Prof. Dato’ Dr Ibrahim turut menyampaikan hadiah kepada pemenang utama bagi pertandingan Penulis Artikel Bahasa Melayu Terbaik, Penulis Artikel Bahasa Inggeris Terbaik, Liputan Berita TV Terbaik dan Gambar Terbaik.

Hampir 100 petugas media pelbagai agensi hadir pada majlis itu yang turut diserikan dengan puluhan cabutan bertuah.

Prof. Dato’ Dr Ibrahim turut memberitahu tahun ini kekuatan UMT dalam bidang oseanografi dan sains marin akan diperkasakan lagi dengan kapal RV Discovery dan stesen penerimaan imej satelit yang pertama dan satu-satunya diluluskan penempatannya di institut pengajian tinggi di negara ini.

Katanya, keadaan ini membuka peluang lebih banyak penyelidikan dapat dijalankan di Laut China Selatan oleh para penyelidik UMT.

“Tanpa pengetahuan yang mendalam dan menyeluruh berkenaan ekosistem marin, isu kelesterian tidak dapat ditangani dengan berkesan. “Melalui slogan ‘terokaan seluas lautan’ UMT berhasrat untuk membantu kerajaan ke arah pengurusan sumber lautan yang mampan,”katanya.




Payang Walk `hidupkan' Pasar Payang hingga tengah malam

Oleh: Aida Abd Rahman



Pasar Payang Kuala Terengganu dijangka tidak lagi sunyi tanpa pengunjung menjelang waktu malam apabila Kerajaan Terengganu memperkenalkan `Payang Walk’ di jajaran pusat perniagaan itu bermula dari depan Pusat Penerangan Pelancongan hingga ke persimpangan balai bomba, bermula 5 Oktober ini (Jumaat).

Inisiatif kerajaan negeri dengan kerjasama Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan Yayasan Usahawan Terengganu berlangsung tiga hari seminggu bermula Jumaat hingga Ahad bagi menyemarakkan sambutan Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Dato’ Abdul Rahin Mohd Said, berharap semua peniaga termasuk di Bazar Warisan dan Pasar Payang memanfaatkan program itu bagi menarik kunjungan pelanggan selepas waktu kebiasaan mereka berniaga.

“Biasanya bermula jam 6 petang, kawasan itu tidak lagi menjadi tumpuan dan mula sunyi. Yang ada hanya peniaga buah-buahan meneruskan perniagaan sehingga waktu malam. “Kita mengharapkan semua peniaga di sekitar memberi sokongan kepada program ini memandangkan ramai pengunjung dan pelancong dijangka akan membanjiri kawasan yang sememangnya menjadi strategik dan menjadi tumpuan pengunjung khususnya pada hujung minggu,” katanya di sidang akhbar sempena program itu, di Tingkat 5, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, semalam (26 September).

Turut hadir, Ketua Sekretariat TMT 2013, Encik Ahmad Fathil Abd Ghani.

Dato’ Abdul Rahin berkata, bagi tujuan itu, jajaran sepanjang Pejabat Pos hingga persimpangan jalan berhampiran balai bomba hanya dibuka kepada pejalan kaki bermula jam 6 petang hingga 1 pagi kecuali untuk kenderaan yang mengangkut barang.

Beliau berkata, kemudahan dan hiasan lanskap termasuk konsep pencahayaan juga akan dipertingkatkan di kawasan sekitar dengan kerjasama MBKT bagi menambah tarikan dan menggamit kunjungan lebih ramai pelawat.

 “Kita juga sedang berurusan bagi mengadakan lelongan bazar malam secara pukal dan diadakan besar-besaran yang akan dijalankan selepas minggu perasmian (6 Oktober).

 “Malah kita harapkan dengan adanya aktiviti ini ia akan dapat memberi persepsi baru dengan konsep pencahayaan malam di bandar Kuala Terengganu lebih-lebih lagi di kawasan Syahbandar yang dibangunkan oleh MBKT dengan kemudahan dan hiasan yang begitu cantik dan menarik,” katanya.

Menurutnya, sebanyak 80 petak perniagaan yang melibatkan lapan zon akan dibangunkan dari Restoran Terapung hingga ke Pasar Payang merangkumi pelbagai jenis perniagaan seperti jualan produk kraftangan, pakaian, minuman, makanan, pelukis jalanan , barangan antik, ubatan tradsional, batu permata dan urutan tradisional.

 Selain itu, turut tersedia ruang korporat, kaunter untuk urusetia beca, `heritage’ dan `rivercruise’ dan pentas kebudayaan yang mempersembahan pelbagai keseniaan seperti wayang kulit, tarian serta nyanyian.

“Payang walk juga menyediakan perkhidmatan `Heritage Trail’ seperti perkhidmatan beca, menyusuri Sungai Terengganu dari Terengganu Waterfront hingga Taman tamdun Islam serta aktiviti melawat Bukit puteri.

“Orang ramai turut berpeluang menyertai pelbagai aktiviti termasuk memancing serta termasuk bermain congkak, dam aji dan lumba beca. Di situ juga disediakan ruang bagi menunjukkan bakat dan meningkatkan kreativiti seperti mencanting batik, membuat wau, mengayam tikar dan juga menghasilkan ukiran seni berbentuk interaktif , iaitu melukis mural,” katanya.

Sementara itu, Payang Walk dijangka akan dirasmikan Menteri Besar, Dato' Seri haji Ahmad Said pada malam 6 Oktober ini.

Sehubungan itu, sempena perasmian dan juga keputeraan Sultan Terengganu turut diadakan Pertandingan Bot Berhias yang disertai 25 jabatan kerajaan dan agensi swasta serta pertunjukan bunga api.

 

MB minta jangan sertai demontrasi ABC

Oleh: Suriati Ali

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said meminta semua pihak tidak menyertai Demontrasi Asal Bukan Che Mat (ABC) yang dijadualkan berlangsung di Dataran Batu Buruk, Kuala Terengganu, Sabtu ini.

Katanya, demontrasi yang jelas mencemar imej Terengganu itu tidak wajar diadakan kerana ada pelbagai cara boleh diselesikan secara baik.

“Pihak Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) telah bersetuju membaiki kesilapan lampau dan akan melaksanakan perubahan terbaik demi mutu bola sepak Terengganu.

 “Oleh itu, orang ramai, khususnya peminat bola sepak diminta jangan terpengaruh oleh pihak tertentu supaya menyertai demo itu secara beramai-ramai,” katanya kepada pemberita, semalam.

 Dato’ Seri Haji Ahmad turut memberitahu, dia akan mengambil tahu dan terlibat secara langsung mengenai pemilihan pemain-pemain pada musim baru supaya kedua-dua pasukan lebih mantap.

“Walaupun tidak terbabit secara langsung dalam persatuan , saya sebagai wakil kerajaan negeri yang membiayai pasukan Terengganu dan T-Team itu berhak berbuat demikian,” katanya

 

26 September 2012

Peserta kursus imam dan bilal dari Nusantara melawat Masjid Ulul Albab


Oleh:  Mohammad Ishak


Keunikan seni bina bercirikan ukiran Melayu yang terdapat di Masjid Kayu Ulul Albab, Seberang Jertih, di sini, menarik perhatian serombongan imam dan bilal dari Nusantara yang singgah seketika untuk melihat keindahan masjid itu baru-baru ini.

Mereka ialah dari Kemboja, Indonesia dan Thailand berkesempatan melawat masjid itu sebagai salah satu siri lawatan sempena kehadiran mereka menyertai kursus di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Wilayah Timur di Bukit Keluang, Besut.

Kursus lima hari di bawah anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bertujuan mendedahkan peserta khususnya dari negara Islam di Asean mengamati perkembangan dan pembangunan syiar Islam di negara ini.

KERAJAAN BERI PELUANG TIMBA KEMAHIRAN DAN KERJAYA DI AKADEMI BINAAN

Oleh: Ruslan AR 

Anda, anak anda atau sesiapa yang ingin berjaya menjadi tenaga mahir dalam bidang pembinaan? Akademi Binaan Malaysia Wilayah Timur (ABMWT) yang terletak di Jenagor, Kuala Berang boleh membantu anda.

ABMWT sebagai sebuah institusi berkredibiliti dalam melahirkan tenaga mahir mengikut kehendak pasaran semasa. Secara ringkasnya, ABMWT ialah sebuah pusat latihan bagi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam pembangunan dan peningkatan kemahiran dalam kalangan personel binaan.

Diwujudkan oleh kerajaan di bawah Kementerian Kerja Raya. Percaya atau tidak, pendapatan yang boleh diraih oleh lepasanya setiap bulan berupaya menandingi gaji yang diperoleh daripada kumpulan profesional.

Malah semasa masih dalam kursus mereka sudah ditempah oleh pihak syarikat dan agensi yang memerlukan tenaga mahir. Hakikat itu diakui oleh Pengarah CIDB Terengganu, Ahmad Fahrin Mokhtar, di mana perolehan pendapatan dalam industri pembinaan berskala besar terutama mereka yang terlibat dalam bidang minyak, gas, keselamatan dan kimpalan.

"Gaji bukan satu masalah, tapi kadang-kadang persepsi masyarakat yang menjadikan bidang ini kurang diminati," katanya ketika ditemui kelmarin di Kuala Terengganu.

Yang paling signifikan adalah untuk mewujudkan lebih ramai personel binaan berkemahiran penuh dan berkemahiran separa tempatan bagi mengurangkan pergantungan negara kepada pekerja asing.

"Selain itu, kita juga mahu menghasilkan dan memberi ruang bagi tenaga kerja tempatan yang terlatih untuk dieksport ke peringkat antarabangsa," katanya.

Terdapat dua jenis latihan kemahiran yang ditawarkan di ABMWT iaitu latihan kemahiran belia untuk lepasan sekolah dan latihan kemahiran untuk pekerja binaan tempatan.

Bagi program Latihan Kemahiran Belia tajaan CIDB Malaysia, seramai 750 telah dilatih pada tahun ini (2012) dan 112 orang lagi akan memasuki kursus ini pada awal Oktober nanti.

Ia melibatkan empat kursus iaitu Scaffolding, Steel Structure Erection and Fabrication, Gas Pipe Fitting dan Gas Pipe Insulation. Menurutnya, selain tajaan CIDB, pihak ABMWT juga menerima pelatih-pelatih yang ditaja oleh agensi atau pihak luar seperti Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) dalam bidang ‘welding’, pemasangan pendawaian bangunan dan jentera berat.

Katanya, berdasarkan kajian lepasan pelatih, didapati dari 14 941 orang belia yang telah menjalani latihan, 80 peratus telah berjaya bekerja di dalam industri pembinaan, malah ada yang telah menjadi kontraktor/sub kontraktor, penyelia dan sebagainya.

Difahamkan,bagi menyertai latihan di pusat ini, permohonan boleh dibuat melalui onlines atau dapatkan borang dari CIDB Kuala Terengganu, di Menara Yayasan Islam.


Seekor tikus, dibayar RM2

Oleh: Suriati Ali 
Gambar ZULKIPLI PUTRA.

 Kerajaan negeri akan melancarkan Operasi Menangkap Tikus di kawasan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), bermula minggu depan sebagai usaha membanteras pelbagai penyakit berpunca daripada haiwan itu.

Dato'Seri Haji Ahmad Said bersama Dato' Haji Mazlan Ngah ketika mengadakan sidang akhbar .
Apa yang istimewanya, seekor tikus yang berjaya ditangkap penduduk akan dibayar RM2 di kaunter yang dikhaskan majlis itu .

 Insiatif itu sebagai pendorong kepada mereka untuk terus membanteras haiwan itu yang dikatakan semakin membiak di kawasan terlibat.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata apa yang dilaksanakan itu sebagai langkah mendidik dan mendedahkan warga MBKT supaya menjaga kebersihan persekitaran agar bebas daripada ancaman tikus serta tempat pembiakan aedes.

 “Kita mengambil langkah berjaga-jaga sebelum pelbagai perkara yang tidak diingini berlaku seperti terdapat kematian berpunca daripada air kencing tikus dan penyakit berjangkit lain.

“Berdasarkan permerhatian, haiwan ini banyak berkeliaran di kawasan tertentu terutama dalam longkang, di lorong-lorong bangunan dan sebagainya,” katanya Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli-ahli Majlis Kerajaan Negeri, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.

Katanya, pihaknya berharap melalui program itu, ia dapat mendidik masyarakat supaya sentiasa peka dan mengambil berat berhubung tahap kebersihan di kawasan kediaman masing-masing.

“Usaha ini perlu dibuat berterusan bagi mengawal wabak demam denggi daripada merebak serta ancaman tikus daripada berleluasa serta memerlukan penyertaan menyeluruh daripada semua pihak,” katanya.

 

Perlu beri undi pada BN

Dato' Haji Ahmad Farid
Oleh; Esah Abdullah
Gambar ZULKIPLI PUTRA

Rakyat tidak boleh mengharapkan wakil rakyat Pas untuk menyediakan pelbagai kemudahan serta bantuan sebaliknya kerajaan Barisan Nasional (BN) yang bantu dalam banyak hal.

Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Terengganu, Dato’ Haji Ahmad Farid Wan Salleh berkata, ketika Pas menjadi kerajaan pada 1999 – 2004 tidak ada satu pun pembangunan yang dilakukan.

“Masajadi kerajaan pun tak buat apa-apa inikan pulak jadi pembangkang lagilah gelap gambar,” katanya ketika berucap di majlis Sepetang Bersama Timbalan Perdana Menteri di DUN Wakaf Mempelam di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad petang semalam.

Katanya, cuba bayangkan kalau BN menang di kawasan itu tentu lebih banyak pembangunan akan dilaksanakan kerana masa kalah pun macam-macam beri bantuan.

“Tengok MB kita ni (Dato’ Seri Haji Ahmad) pantang tahu ada orang susah terus beri bantuan walaupun dia tahu orang itu penyokong kuat Pas tapi sikap orang BN sangat murah hati,” katanya.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu kemudiannya meminta 24,741 pengundi dalam DUN Wakaf Mempelam memberi undi kepada BN pada PRU akan datang untuk melihat perubahan yang dijanjikan oleh BN.

 “Orang Wakaf Mempelam mesti buat keputusan bijak kalau nak rasa pembangunan seperti kawasan-kawasan lain yang dimenangi BN,” katanya.

 

BN Terengganu yakin menang besar

Oleh: Suriati Ali 
Gambar ZULKIPLI PUTRA

Barisan Nasional (BN) Terengganu yakin akan memperoleh kemenangan besar pada pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) akan datang berdasarkan sokongan padu dan positif yang dipamerkan rakyat.

 Menteri Besar, Dato, Seri Haji Ahmad Said, berkata sokongan rakyat terutama peringkat akar umbi dilihat semakin kuat kerana mereka menyedari keupayaanBN yang telah membawa satu anjakan pembangunan kepada Terengganu berbanding masa lalu.

Katanya, pada masa sama, dia tidak mengerti dan sedih, jika ada rakyat yang sebelum ini menerima pelbagai bantuan dan kemudahan yang disediaka kerajaan, masih bersikap sebagai pengkhianat.

 “Hampir setiap penduduk kita bantu, bukan pada masa sekarang saja, malah bantuan itu diberi sebelum lahir sehingga meninggalkan dunia.

 “Kita sebagai kerajaan, tidak jemu untuk berkhidmat walaupun bantuan itu mencecahkan ratus juta setahun,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli-ahli Majlis Kerajaan Negeri, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.

 Dato’ Seri Haji Ahmad Bajet mengharapkan Bajet 2013 yang bakal dibentang oleh Perdana Menteri nanti turut menjanjikan perkara istimewa kepada rakyat Terengganu.

 “Banyak perkara dan pengumuman baru yang pastinya menjurus kepada kebahgiaan dan kegembiraan rakyat, bakal diumumkan dalam bajet tersebut,” katanya.