Halaman

06 July 2014

IDRIS JUSOH UCAP TERIMA KASIH KEPADA MENTERI BESAR, DATO' HJ AHMAD RAZIF



Penduduk daerah Besut berterima kasih di atas usaha Menteri Besar, Dato’ Hj Ahmad Razif Abd Rahman yang mengembalikan semula pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Besut belajar di Kompleks Imtiaz Besut, Bukit Keluang.
 Ahli Parlimen Besut yang juga Menteri Pendidikan II, Dato’ Seri Idris Jusoh berkata satu perhimpunan melahirkan rasa terima kasih dan penghargaan akan di adakan pada Aidilfitri ini.
Ia bertujuan menghargai peranan yang dilakukan oleh Menteri Besar baru kerana mengembalikan semula pelajar SM Imtiaz Besut ke kompleks yang sudah siap itu.
 Beliau ditemui media selepas mennyampaikan sumbangan kepada golongan miskin sempena Program Ziarah Ramadan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jertih, baru-baru ini.
Turut hadir Ahli Exco Kerajaan Negeri, Muhamad Pehimi Yusof yang juga ADUN Jertih.
Sebelum ini, pelajar Imtiaz Besut terpaksa belajar di Asrama Yayasan Terengganu di Kampung Padang Landak, Jertih sejak lima tahun lalu kerana menunggu siapnya Kompleks Imtiaz Besut berharga RM86 di Bukit Keluang, dekat Kampung Raja.
Dato’ Seri Idris melahirkan rasa lega bagi pihak warga Besut dengan keputusan terbaru dibuat Kerajaan Negeri memindahkan pelajar terbabit ke kompleks itu.