Halaman

03 June 2014

UniSZA peneraju UKTC

Oleh; Esah Abdullah 

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah diberi peranan sebagai menerajui institusi Universiti Komuniti Transformation Cantre di mana institusi ini merupakan projek yang dirancang oleh pihak Kementerian Pelajaran.

Naib Canselor UniSZA, Prof Dr Yahya Ibrahim berkata, program ini diadakan bagi mewujudkan satu 'one stop cantre' dan kumpulan pelayar-pelayar maklumat dan aktiviti-aktiviti antara pihak Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan juga komuniti.

"Segala maklumat berkaitan universiti di Pantai Timur berkaitan kerjaya, program-program tanggungjawab sosial universiti boleh dirancang di situ," katanya di sidang media dalam sesi ramah mesra dan minum petang bersama media selepas ke udara di Radio Manis FM di konti Manis FM petang semalam.

Katanya, UniSZA merupakan satu-satunya universiti yang mendahului universiti-universiti lain dari segi merancang dan melaksanakan program berkaitan pembelajaran bahasa Inggeris, keusahawanan, sukan, kepimpinan dan juga khidmat sosial yang lain.

"Kita juga ada latihan imam, mutawif dan sebagainya yang bersifat lebih Islamik dari situ boleh melihat bahawa kewujudan sesebuah universiti itu bukan hanya sekadar mengajar pelajar sepenuh masa tetapi juga merupakan pusat pembelajaran sepanjang hayat yang terbuka kepada semua," katanya.

 Menurutnya, program berkenaan melibatkan empat universiti iaitu universiti Kelantan, Terengganu , UniSZA dan Politeknik serta Kolej Komuniti di mana kesemuanya di bawah kementerian pelajaran.