Halaman

10 June 2014

Barisan Nasional Tunai Janji PRK Kuala Besut.

Jeti Kuala Besut.
Oleh: Mohammad Ishak.

BARISAN Nasional (BN) akan melaksanakan dua lagi projek mega yang dijanjikan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut,bagi memenuhi tuntuk penduduk di kawasan berkenaan.

Menteri Pendidikan II, Dato' Seri Idris Jusoh berkata, BN akan meneruskan agenda pembangunan di DUN berkenaan dari masa ke semasa sebagaimana dijanjikan pemimpin kerajaan.

Katanya, dua projek terbabit ialah mendalam muara Kuala Besut dan Projek Pengairan Pengkalan Nangka, yang akan memberi manfaat besar kepada nelayan dan petani di DUN berkenaan.



Beliau berkata, projek mendalam muara bernilai RM4.5 juta bagi fasa pertama tahun ini akan memudahkan bot nelayan keluar masuk ke jeti LKIM selain jeti pelancongan di Kuala Besut.

Idris yang juga Ahli Parlimen Besut berkata, bagi projek ampangan Pengkalan Nangka membabitkan kos RM34.5 juta, pembinaan dijangka dimulakan pada akhir tahun ini.

Muara Kuala Besut.
“Ketika ini proses reka bentuk bagi kerja kejuruteraan awam, elektrik dan makanilkal sedang dijalankan oleh pihak perunding,” katanya kepada Berita Harian.

Sebelum ini, katanya, kerajaan sudah menunaikan janji yang dibuat pada PRK Julai tahun lalu apabila sebuah sekolah menengah di Kampung Tok Saboh dan Pasar Nelayan dibina di Kuala Besut.

Mengenai satu lagi projek mega iaitu pembinaan Gerbang Pelancongan Antara Bangsa, beliau berkata, pihak juru perunding sedang menjalankan kajian akhir sebelum ia ditender kepada umum.

Projek Gerbang Pelancongan berharga RM250 juta diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, akan menjadi mercu tanda baru kepada industry peloancongan negeri ini kerana ia merangkmumi pelbagai aspek pelancongan.

Difahamkan, Muhyiddin akan melakukan lawatan singkat ke Kuala Besut sempena lawatan kerja beliau ke daerah Besut, pada 12 Jun ini.