Halaman

22 May 2014

PERKAYA peruntuk RM52,825 untuk pakaian raya anak yatim.

Terima...Mustaffa menyampaikan sumbangan kepada seorang anak yatim, sambil diperhati Ibrahim (sebelahnya)
Oleh: Aminudin Ismail. 

SEBANYAK RM52, 825 dibelanjakan Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Terengganu (PERKAYA) untuk membeli pakaian hari raya kepada seramai 1,832 murid anak yatim yang belajar di sekolah rendah di seluruh negeri pada tahun ini.

Setiausahanya, Mustaffa Said berkata, murid-murid itu yang mendapat sumbangan itu dipilih dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan pihak sekolah .

“Perkaya pada setiap tahun kita minta maklumat murid tahun tiga dan enam untuk dihantar kepada perkaya dan biro perkaya daerah begitulah caranya kita dapat nama penerima sumbangan itu.

“Jadi tahun ini belanja semua ialah di seluruh negeri ialah sebanyak RM52,825, duit ini daripada sumbangan derma orang ramai dan hasil ladang kelapa sawit Perkaya,” katanya.

Mustaffa berkata, daerah Setiu adalah daerah yang pertama pihaknya membahagikan sumbangan pakaian hari raya berup kain pasang baju kurung untuk wanita dan kain baju melayu untuk lelaki.

“Pakaian ini hanya diberi kepada tahun tiga dan enam sahaja kerana ia bergantung kepada kemampuan kewangan Perkaya dan sebenarnya semua murid yatim yang belajar di sekolah rendah akan mendapat dua kali sumbangan itu sepanjang mereka belajar di sekolah rendah itu.

“Barangkali jika sumber kewangan kita cukup, kita akan ambil satu lagi tahun tambahan, cara pemberian sekarang adalah sudah sesuai,” katanya.

Katanya, beliau mengharapkan anak-anak yatim yang menerima sumbangan itu akan merasakan diri mereka diambil perhatian dan beliau juga mengharapkan seluruh masyarat terbabit dengan program itu.

“Masyarakat perlu cakna kepada setiap anak-anak yatim, dan kita harap anak-anak yatim tidaklah rasa terpinggir dan dapat bergembira sama di hari raya sebagaimana mereka yang mempunyai ibubapa,” katanya.

Antara jemputan yang hadir.
Sementara itu, pada Majlis Penyampaian Sumbangan Pakaian Raya Anak Yatim Daerah Setiu yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Banggol, Setiu semalam, seramai 108 orang iaitu lelaki 45 dan perempuan 63 orang menerima sumbangan itu.

 Beberapa anak yatim yang ditemui melahirkan rasa gembira kerana menerima sepasang kain pakaian raya dan berterima kasih kepada Perkaya atas keperihatinan itu.

Pengerusi Biro PERKAYA Daerah Setiu, Dr. Ibrahim Hussin berkata, pihaknya sedang merancang untuk membina sebuah asrama untuk anak-anak yatim di daerah Setiu.

“Kita ada mempunyai tanah seluas lima ekar yang diberi oleh Perkaya induk dan kita sedang berusaha untuk membina sebuah asrama untuk anak-anak yatim daerah Setiu di tempat itu suatu hari nanti,” katanya.

Beberapa guru merakam gambar anak murid mereka.

Antara guru yang hadir.
Anak-anak yatim yang menerima sumbangan.

Jemputan khas yang hadir.