Halaman

25 April 2014

"Blue Wave Team" perkukuhkan UMNO Setiu.

TERTARIK...Ketua UMNO Bahagian Setiu, Dato' Mohd Jidin Shafee (tiga dari kiri) bersama Ahli Parlimen Setiu, Mohd Zulkifly Jusoh (dua dari kiri), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Mohd Iskandar Jaafar (kiri), Adun Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman dan Adun Langkap, Dato' Sabri Mohd Nor tertarik melihat tayangan 'slide' ketika pelancaran 'Blue Wave Team' (BWT) di Rhu 10, hari ini.

'Blue Wave Team' adalah satu akaun media sosial yang dibuka bertujuan bagi mewujud dan menjalinkan hubungan di kalangan Pengamal Media Sosial UMNO Bahagian Setiu dan menjadi penangkis serangan media sosial pembangkang.

Mohd Jidin bersama YB Setiu lancarkan (BWT)
Ketua Penerangan UMNO Setiu, Fahami Zakaria (kanan) berkata selain itu ia juga menjadi medan penyaluran maklumat mengenai pelbagai aktiviti mengenai Barisan Nasional dan UMNO serta wakil-wakil rakyatnya. 

"Ia juga bertujuan bagi melahirkan lebih ramai pengamal media sosial yang sealiran dengan UMNO dan menjadikan media sosial ini sebagai sumber yang boleh membantu memberi manfaat kepada manusia sejagat," katanya sambil mengharap lebih ramai akan menyertai BWT.

Dalam pada itu, dalam ucapanya, Mohd Jidin mahu setiap pengamal media sosial UMNO supaya sentiasa sealiran dalam bahan maklumat dan tidak menyalurkan maklumat-maklumat remeh dan yang boleh menimbulkan perbalahan sesama sendiri.

"Cuma yang paling mustahak ialah pemikiran kita biar seia-sekata, jangan keluar perkara yang boleh dicantas oleh orang lain, kita buat yang molek dan boleh mengembirakan semua orang dan jangan tulis isu-isu yang boleh menyakitkan hati orang.

"Kalau kita nak marahpun, lebih baik kita jangan tulis apa-apa, diam lebih baik daripada berkata-kata perkara yang tidak baik dan boleh memudaratkan diri," katanya.

Majlis Minum Petang Pengamal Media Sosial Bersama Kepimpinan UMNO Setiu itu dihadiri kira-kira 200 pengamal media sosial dan aktivitis UMNO dari Parlimen Setiu dan ianya bermula jam 5.30 petang.- Aminudin Ismail.
Antara yang hadir meriahkan majlis

Nikmati juadah sebelah pelancaran.

Bersantai sambil menjamu selera di Ru 10.


Ketua Wanita UMNO Setiu sempat merakam gambar.

Dato' Sabri melayani tetamu.
Mohd Jidin sedang berucap.

Tetamu menjamu selera.

Antara yang hadir.

Iskandar memberitahu sesuatu sambil di perhati Mohd Jidin dan Sabri.


Antara pengamal media sosial yang hadir.