Halaman

24 January 2014

ADUN JERTIH-YB PEHIMI BANGGA DAN TERHARU KETUA KERAJAAN TERENGGANU BERPELUANG KE ANTARTIKA

Oleh: Langtelipot.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jertih,YB Haji Muhammad PehimiYusof melahirkan rasa bangga berikutan Ketua Kerajaan Negeri Terengganu, Dato' Seri Haji Ahmad Said diberi peluang untuk sama-sama terlibat secara langsung bersama saintis tempatan dan antarabangsa ke Antartika.

Katanya, langkah itu penting untuk memperolehi sesuatu yang baru dalam penyelidikan, terutama bagi kepentingan umat Islam dan kebaikan sejagat di masa hadapan.

"Selaku Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bertugas di bawah Dato' Seri Ahmad, saya amat terharu dan bangga kerana beliau mempunyai kekuatan fizikal dan mental dalam mengharungi perjalanan sejauh itu demi memastikan pencapaian penyelidikan," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri menyatakan bahawa nama Terengganu akan turut terpahat di persada dunia antarabangsa melalui eksplorasi itu dan itulah ketinggian pemikiran Menteri Besar Terengganu, di samping membuktikan kepada dunia tentang komitmen kita orang Melayu dan Islam sekaligus rakyat Malaysia dalam industri sains dan penyelidikan.

"Komitmen Dato' Seri Ahmad selaku ketua kerajaan negeri, Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi amat penting dalam rekod, catatan dan manfaat umat Islam dan dunia sejagat," ujarnya.