Halaman

12 January 2014

Terengganu lancar Terengganu D'Everest 2015

Oleh: Suriati Ali 

Kerajaan negeri kini melancarkan projek Terengganu D'Everest 2015, sebagai usaha menyemarakkan semangat dan kegigihan anak negeri ini untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam pelbagai lapangan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan dan Sumber Manusia negeri, YB Rozi Mamat berkata, selaras dengan hasrat untuk merealisasikan slogan Terengganu kuasa sukan negara dan 'Terengganu Hanelang',
program itu cukup bersesuaian selain mahu melahirkan lebih ramai anak negeri jaguh dalam bidang sukan. 

“Projek pendakian gunung tertinggi di dunia itu cukup mencabar kekuatan fizikal, mental dan pengalaman itu akan melibatkan sekumpulan lapan orang anak negeri.

''Melalui proses pemilihan dan saringan, akhirnya cuma lapan orang akan dipilih untuk membawa misi kerajaan dan mengibarkan bendera negeri di puncak itu pada tahun hadapan," katanya.

Beliau berkata demikian di Majlis Pelancaran Program dan Pemilihan Pendaki Terengganu De'Everest 2015 di Stadium Tertutup Gong Badak Kuala Terengganu, semalam.

Menurut beliau, Mohammad Rafi Qori, anak negeri pertama yang berjaya menawan gunung Everest pada 2007 telah dilantik sebagai ketua jurulatih bagi projek tersebut.

Katanya, Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) telah dilantik sebagai urusetia projek dan bakal digerakan dengan Persatuan Kembara Malaysia dan negeri.

“Misi pendakian akan dilaksanakan antara April hingga Jun 2015 dan sebelum itu mereka akan menjalani pelbagai siri latihan latihan yang akan digerakkan mulai Febuari depan.

"Latihan pertama dijangka dengan melibatkan pendakian puncak tertinggi di benua Afrika, Gunung Kilimanjaro diikuti dengan latihan teknikal di Banjaran Annapurna, Nepal pada Mac dan April.

Katanya , ini akan disusuli dengan latihan mendaki kedua di Gunung Elbrus, Rusia (Ogos) serta latihan mendaki ketiga yang juga boleh disifatkan sebagai pra-ekspedisi ke Everest iaitu di Gunung Baruntse, Nepal (September)," katanya.

"Latihan pendakian akan turut diadakan di dalam negara seperti di Gunung Kinabalu dan Gunung Ranau di Sabah serta lain-lain lagi sekitar September 2014 hingga Mac 2015 termasuk yang terakhir di Island Peak pada Mac 2015.