Halaman

26 December 2013

Bantahan himpunan 31 Disember

Sekumpulan 30 belia dari Majlis Belia Daerah Hulu Terengganu serta lima badan bukan kerajaan (NGO) membuat enam laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Hulu Terengganu, berhubung Himpunan Guling Kerajaan pada 31 Disember ini.

 Wakil mereka Pengerusi Majlis Belia Daerah Hulu Terengganu Nik Azman Nik Abdul Razak berkata mereka mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang merancang perhimpunan itu.

"Himpunan itu juga bakal merosakkan belia negara dan kami menentang sekeras-kerasnya himpunan itu, malah kami sangat menyokong apa-apa tindakan tegas yang diambil pihak berkuasa," katanya.

Selain Majlis Belia Daerah Hulu Terengganu, turut membuat laporan polis hari ini ialah Belia 4B, Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC), Pengakap, Gabungan Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) serta Majlis Belia Felda Hulu Terengganu.