Halaman

13 October 2013

Shaheda menang Ketua Puteri Kemaman

Shaheda Jusoh dipilih menerajui Pergerakan Puteri Umno Bahagian Kemaman setelah menewaskan ketuanya sebelum ini, Asfalinda Anuar pada pemilihan sayap parti itu semalam.

Beliau yang merupakan bekas Naib Ketua Puteri Umno bahagian itu mencabar Asfalinda kerana mahu membawa perubahan dalam pergerakan itu, khususnya menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Asfalinda yang juga bekas Ketua Puteri Terengganu merupakan satu-satunya Ketua Puteri bahagian di Terengganu yang mempertahankan jawatan itu manakala tujuh penyandang lain melepaskan jawatan masing-masing kepada calon baharu setelah melepasi had umur.

Bagi jawatan Naib Ketua Puteri bahagian pula, Malissa Ab. Solah yang pernah menyandang jawatan tersebut pada 2000 hingga 2008, kembali menduduki kerusi berkenaan selepas menewaskan Faradila Yusof.

Sementara itu, Puteri bahagian tersebut memilih Mas Ermieyati Samsudin sebagai Ketua Puteri UMNO Malaysia manakala Zahida Zarik

Khan sebagai Naib Ketua Puteri. Seramai 465 orang perwakilan puteri dari 93 cawangan hadir persidangan itu semalam.