Halaman

23 October 2013

MKN sedia buku direktori rujukan banjir

Oleh: Aida Abd Rahman
Gambar oleh Zulkipli Putra

Majlis Keselamatan Negara Negeri Terengganu (MKN) menyedia dan mengedarkan Buku Direktori Telefon Bilik Gerakan dan Agensi Pengurusan Bencana Peringkat Negeri Terengganu sebagai rujukan kepada semua jabatan yang terlibat semasa bencana banjir nanti.


Jurucakap MKN berkata, pihaknya sebagai urusetia Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBN) juga mewujud dan memantau penggunaan laman web dan portal bencana dalam menyebar maklumat terkini berkaitan jumlah mangsa dipindahkan, kes kemalangan jiwa, paras air sungai utama dan jalan ditutup serta jalan yang boleh dilalui kepada umum.

“Penggunaan laman web dan portal berkenaan mendapat maklum balas yang baik dan positif daripada semua pihak terutama masyarakat seluruh negara termasuk di Terengganu sebelum ini.

“Apabila berlaku banjir, pengguna boleh terus melayari dua laman web dan portal yang pertama, laman web rasmi Kerajaan Terengganu http://etindakan.terengganu.gov.my dan kedua portal bencana yang dikenadalikan oleh MKN, Jabatan Perdana Menteri menggantikan Portal Banjir yang digunakan sebelum ini, http://portalbencana.mkn.gov.my ,” katanya.