Halaman

12 April 2013

Penduduk jumpa DVD lucah pemimpin pembangkang.

Oleh:  Mohammad Ishak

Penduduk Kampung Alur Lintang, dekat sini,  terkejut dengan penemuan cekera video digital (DVD) lucah yang memaparkan imej seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang di halaman rumah mereka semalam.

Penyebaran VCD dipercayai dilakukan pihak tertentu yang meletakkan antara satu dan dua keping DVD di pintu pagar rumah penduduk menyebabkan orang ramai tertanya-tanya.

Menurut penduduk kejadian itu disedarai kira-kira jam 8 pagi ketika hendak membuka pintu pagar dan ternampak DVD berkenaan yang diberselerak di pintu pagar rumah.

Seorang suri rumah yang hanya mahu dikenali dengan panggilan “Kak Yah’ 60, berkata pada mulanya beliau ternampak dua keping DVD di atas tanah dihadapan pintu pagar ketika hendak membuka pintu pagar.

Katanya, selepas mengambilnya dia ternampak seorang wanita cantik bersama pasangannya pada sampul kulit  DVD terbabit..

“Saya kemudian meletakan  semula DVD itu ditempat asal kerana menyangkakan milik seseorang yang tercicir,” katanya ketika ditemui.

Bagaimanapun,katanya, kira-kira jam 1 tengahari beliau terkejut apabila anggota polis datang dan berada dihadapan rumahnya dan mengutip DVD berkenaan serta beberapa rumah berhampiran.

“Saya hanya mengetahui DVD mengandungi imej lucah seorang pemimpin kanan parti pembangkang selepas dimaklumkan oleh rakan-rakan ketika menghadiri majlis Wanita Umno semalam,” katanya.

Semalam, Polis merampas 16 keping DVD lucah dipercayai memmabitkan seorang pemimpin kanan parti pembangkang di Kampung Alur Lintang, Besut, selepas menerima maklumat orang awam pada jam 7.45 pagi.
.