Halaman

03 April 2013

Menteri Besar mengajak Umat Islam terus bersatu


YAB Dato'Seri Ahmad Said bersalaman dengan ahli jawatankuasa pengelola Majlis Tilawah

Oleh: Mohammad Ishak

“Setiap umat Islam yang bergelar “Klalifah” mestilah berpaksikan akidah dalam mengamalkan kehidupan harian supaya tidak lari daripada perjuangan sebenar Islam,” kata Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said.

Katanya, salah satu misi kehidupan ialah memakmur dan membangunkan dunia serta mengelak daripada memusnahkannya.

Menurutnya,apa yang berlaku sekarang umat Islam sudah lari daripada amalan hidup dalam perpaduan sebaliknya ada pihak cuba memecah-belah sesama Islam.

 “Inlah yang sedang berlaku di seluruh dunia Islam kerana ada pihak yang ingin menghancurkan umat Islam,” katanya ketika merasmikan Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Negeri Terengganu di Stadium Mini Besut, Kampung Raja, malam tadi.

Menurutnya, misi inilah Nabi dan Rasul diutuskan bagi mempastikan manusia menjulang amanah besar mereka. Hadir sama pada majlis itu ialah Yang Dipertua DUN Terengganu, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang, Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Setiusaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah dan pegawai kanan kerajaan negeri.

Majlis tilawah tiga malam yang akan berakhir 4 April bertemakan “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Umah” disertai 16 peserta dari seluruh daerah negeri ini.

Menteri Besar berkata, selaras dengan perkembangan akal manusia,tamadun serta peradaban siasah menjadi elimen penting yang tidak boleh dipisahkan dalam kehidupan manusia.