Halaman

03 April 2013

DUN Terengganu akan dibubar dalam tempoh terdekat.

Dato' Seri Haji Ahmad Said keluar
dari bilik menyuarat selepas
mempengerusikan Mesyuarat Mingguan
Exco di Wisma Darul Iman.
Oleh: Suriati Ali

Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu akan dibubar dalam tempoh terdekat selepas mendapat perkenan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata langkah itu susulan pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, jam 11.30 pagi tadi.

“Saya akan mendapat tarikh sesuai sebelum mengadap SultanTerengganu yang dijangka berangkat pulang ke Terengganu dari luar negara malam ini.

 “Tarikh sebenar pembubaran DUN Terengganu pada 5 Mei ini, tetapi kita tetap bubar dalam tempoh terdekat selepas mendapat perkenan Sultan Mizan,” katanya .

 Beliau yang ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan EXCO terakhir di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, tengah hari tadi.