Halaman

26 December 2012

Pemimpin UMNO dan PAS lupakan perbezaan politik


Idris bersama Nawi di bawah payong BN berjumpa bekas ADUN Pas Hulu Besut,Abdullah Mat Dam

Oleh: Mohammad Ishak 

Dalam kesusahan rupanya ada kebaikan apabila penyokong dan pemimpin Umno dan Pas di daerah Besut turun padang membantu mangsa banjir di Kampung Padang Bual, Hulu Besut, dekat sini hari ini.

Secara kebetulan Pemuda dan Puteri Umno Besut menganjurkan program gotong royong membersih masjid Kampung Padang Bual manakala penyokong Pas mengadakan aktiviti mencuci surau yang terletak kira-kira 50 meter antara kedua-dua tempat ibadah itu.

Penyokong dan pemimpin kedua parti berkenaan juga masing-masing mengagihkan bantuan makanan kepada mangsa di kampung terbabit.

Ketua Umno Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih dan Timbalan Ketua Umno Bahagian Nawi Mohamad yang juga ADUN Hulu Besut, serta bekas ADUN Pas (Hulu Besut) Abdullah Mat Dam bakal calon Pas pada PRU13, Solahuddin Jafar sempat bersalaman di hadapan markas Pas.

Idris yang bersalaman dengan pemimpin dan penyokong di hadapan Surau Pas turut disapa oleh oleh ahli Pas dan beramah mesra ketika bertemu .

Pertemuan tidak dirancang itu menarik perhatian sukarelawan yang menyertai rombongan Idris mengadakan gotong royong membersih masjid yang dilanda banjir semalam.

Jika inilah amalan antara penyokong dan pemimpin Umno dan Pas di daerah Besut boleh bersatu dalam keadaan yang memerlukan kerjasama ia sepatutnya dilakukan juga dalam aktiviti lain demi untuk perpaduan Melayu dan Umat Islam.

Ketika mengulas perkara itu,Idris yang juga Pengerusi MARA berkata, beliau tidak mmempunyai halangan untuk bertemu dengan pemimpin dan penyokong Pas kerana sebelum itu beliau sering membantu ahli Pas di DUN Jertih ketika mengagihkan susuatu bantuan.