Halaman

14 December 2012

Kerajaan PAS tidak konsisten membuat keputusan

Oleh: Mohammad Ishak 

Mesyuarat ECO Kerajaan PAS Kelantan yang membuat keputusan penangguhan serta merta penguatkuasaan syarat lesen salun di negeri itu menampakkan tindakan terdesak parti itu untuk menyelamatkan parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU1).

Pada mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Besar,Datuk Nik Aziz Nik Mat, kelmarin menampakkan kerajaan negeri takut kepada pihak terbabit selepas dibantah oleh segelintir pengusaha salun dari masyarakat bukan Islam.

PAS sememangnya dari dahulu lagi tidak konsisten dalam membuat sesuatu keputusan terutama membabitkan masyarakat cina kerana parti itu ingin mengambil hati dan mahu sokongan daripada orang cina.

Bekas aktivis PAS Besut, Farid Hamzah berkata, beliau tidak hairan dengan keputusan serta merta yang dibuat kerajaan negeri selepas didesak oleh pengusaha salun kerana mereka takut hilang pengaruh dan hilang kuasa.

Katanya, setiap kali timbul isu membabitkan masyarakat cina Pas terpaksa mengalah kerana tidak mahu rakan kongsi politik dalam pakatan pembangkang

Beliau berkata, pemimpin PAS sanggup menghalalkan sesuatu kerana tidak mahu rakan dalam pembangkang meminggirkan mereka terutama menjelang PRU13

“Itulah cara pemimpin PAS membuat keputusan walaupun sudah diterima dalam mesyuarat tetapi terpaksa mengubahnya kerana mereka takut untuk berhadapan dengan pengundi,” katanya.

Katanya, apa yang dilakukan PAS itu mencerminkan mereka tidak ikhlas daalam membuat keputusan sehingga mengadai prinsip perjuangan parti,” katanya.