Halaman

27 September 2012

Sikap buruk pembangkang beri kesan terhadap bakal jemaah haji Terengganu.

 Oleh: Suriati Ali 

Akibat sikap buruk pihak pembangkang yang menyertai perhimpunan haram Bersih pada April lalu, turut memberi kesan terhadap peluang bakal jemaah haji Terengganu untuk ke Tanah Suci.
Dato’ Haji Mazlan Ngah meraikan kakitangan kerajaan yang bakal menunaikan ibadat haji di Mekah
Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah, berkata akibat itu, kerajaan negeri hanya mampu menghantar 50 bakal jemaah termasuk kakitangan kerajaan, imam bilal, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) berbanding 150 orang sebelum ini untuk mengerjakan haji pada tahun ini.

Beliau berkata, sepatutnya semua 100 orang yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2011 dihantar mengerjakan haji sebagai ganjaran mereka meraih anugerah tersebut.

 “Bagaimanapun, disebabkan Kerajaan Arab saudi mengehadkan kuota bagi tujuan tersebut, kita hanya boleh menghantar 50 kakitangan kerajaan menunaikan haji tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas berucap pada Majlis Meraikan Bakal-bakal Jemaah Haji Warga Kerja Wisma Darul Iman (WDI) di pejabat itu, hari ini.

Seramai 14 kakitangan dirai termasuk dua orang yang mendapat tajaan kerajaan negeri. Menururtnya, seramai 800 jemaah dari tiga negeri di Pantai Timur akan menggunakan perkhidmatan penerbangan terus dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud ke Mekah atau Jeddah.

“Kesemuanya dijangka berlepas dengan dua penerbangan iaitu pada 9 dan 29 Oktober ini,” katanya. Dato’ Haji Mazlan turut mengingatkan semua jemaah supaya menjaga adap dan kesopanan ketika berada di Tanah Suci sekiranya tidak mahu pelbagai perkara buruk berlaku.

“Setibanya kita ke Tanah Suci, cukup mudah untuk kita ditimpa musibah sama ada perkara kecil atau sebaliknya. “Percakapan dan perbuatan sentiasa dijaga, jangan mengamalkan budaya buruk seperti yang diamalkan segelintir masyakat luar negara,” kataya.

Bakal jemaah haji, Puan Zaleha Yasin (gambar), 56 berkata dia bersyukur ke hadrat Ilahi dan jutaan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana dia turut terpilih untuk menunaikan haji bersama beberapa jemaah lain.

“Peluang yang diberi ini dianggap seribu rahmat kerana dia sememangnya sudah lama berhajat untuk ke Tanah Suci, tetapi wang yang dikumpul belum mencukupi,” katanya.