Halaman

28 September 2012

IPGM adakan hari terbuka

Oleh; Esah Abdullah

Instutut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Dato’ Razali Ismail Kuala Terengganu buat julung kalinya mengadakan Hari Terbuka secara besar-besaran selama tiga hari mulai 3 Oktober ini.

Pegawai Pengurusan Hal Ehwal Pelajar IPGM, Encik Wan Zaidi Wan Nawi berkata sempena dengan program itu pelbagai aktiviti menarik disediakan bagi mempromosikan kampus berkenaan kepada umum.

Katanya, selain pameran agensi kerajaan dan institut pengajian tinggi awam dan swasta turut adakan pameran dan jualan daripada pelbagai syarikat termasuk syarikat automotif, telekomunikasi dan komputer.

``Selain itu turut disediakan 30 gerai yang akan menjual pelbagai barangan, makanan dan minuman yang dibuka kepada orang ramai mulai 9 pagi hingga10 malam,’’ katanya.

 Tambahnya, pada sebelah malam turut diadakan persembahan kebudayaan termasuk persembahan dikir barat. Turut diadakan wacana minda dengan menjemput beberapa penceramah bagi membincangkan isu-isu masa kini dan juga kursus imam dan billal yang terbuka kepada orang ramai.

Program anjuran Jawatankuasa Perwakilan Pelajar itu dijangka akan dirasmikan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said pada 3 Oktober depan.

Sehubungan dengan itu, orang ramai terutama penduduk sekitar Kuala Nerus dijemput hadir untuk memeriahkan hari terbuka yang julung kali diadakan secara besar-besaran

.