Halaman

08 January 2012

Gangguan bekalan air di Kuala Terengganu Selasa ini

Oleh FAUZI MOHD

Beberapa kawasan di daerah Kuala Terengganu dijangka mengalami masalah gangguan bekalan air mulai 9 pagi hingga 6 petang pada Selasa ini.

Pengurus Daerah Syarikat Bekalan Air Terengganu Sdn Bhd (Satu), Kamaruddin Awang Musa berkata, ia ekoran kerja-kerja penyelenggaraan flow meter bersaiz 450 mm di Loji Air Bukit Losong 1.

Katanya, antara kawasan yang dijangka terjejas ialah Losong Feri, Losong Atap Zin, Losong Lebai Salleh, Losong Megat Husin, Losong Haji Long, Kubang Buyong, Muzium Negeri dan Taman Tamadun Islam.

“Turut mengalami gangguan ialah Paloh Makam Tok Ku, Paloh Sungai Kiat, Pulau Rusa, Pulau Musang, Kuala Bekah, Durian Burong, Cengal Lapan, Kubang Parit, Sungai Rengas dan kawasan sekitarnya,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sehubungan itu, beliau meminta penduduk di kawasan berkenaan menyimpan air secukupnya untuk kegunaan sepanjang tempoh tersebut.