Halaman

06 December 2011

Terengganu tidak lupus hutan simpan

Oleh FAUZI MOHD


Kerajaan tidak bercadang melupuskan sebahagian daripada 539,294 hektar hutan simpanan kekal di negeri ini bagi mendapatkan hasil untuk perbelanjaan kerajaan, kata Dato’ Seri Ahmad Said.

Menteri Besar berkata, Kerajaan negeri berkeupayaan untuk mencari sumber pendapatan lain selain mengorbankan khazanah alam yang meliputi 41.6 peratus keluasan Terengganu.

“Tiada cadangan untuk lupuskan hutan simpanan kekal untuk tambah hasil negeri,” katanya menjawab soalan Dato’ Harun Taib (PAS-Manir) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Mengenai pertanyaan Ramlan Ali (BN-Jabi) untuk menjadikan kawasan hutan simpan di Bukit Bintang, Setiu sebagai padang ragut, Dato’ Seri Ahmad berkara, perkara berkenaan boleh dibincangkan dan dipohon melalui Pejabat Perhutanan Negeri.

“Hutan simpan yang diwartakan ada dua kategori iaitu hutan simpan dan hutan simpan kekal,” jelasnya.