Halaman

02 December 2011

JHEAT buka penyertaan ujian hafaz Quran

Oleh; Esah Abdullah

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) akan menganjurkan ujian hafaz al-Quran 2012 yang terbuka kepada anak tempatan dengan tahap minimum hafaz tujuh juzuk pertama mengikut susunan mashaf.

Pesuruhjaya JHEAT Haji Mohd Rozali Salleh berkata, peserta mestilah berusia 18 tahun dan tidak melebihi 29 tahun tahap di bawah 30 juzuk dan berusia 30 tahun ke atas bagi tahap 30 juzuk.

Katanya, pemohon yang terpilih mesti bersedia memberi sumbangan sukarela di mana-mana tempat yang diarahkan atau dipersetujui JHEAT bagi pengajaran kelas al-Quran, fardu ain, bahasa Arab, ilmu tafsir al-Quran tajwib, fekah dan sebaganinya.

“Sumbangan itu sekurang-kurangnya dua kali seminggu dengan penyertaan masyarakat atau pelajar melebihi 10 orang,” katanya.

Kepada yang berminat boleh mendapatkan borang permohonan di pejabat JHEAT atau Pejabat Agama Daerah masing-masing atau boleh layari laman web http://jheat-web.terengganu.gov.my dan tarikh tutup penyertaan adalah sebelum 31 Disember depan.